11 May 2016

Memancing di Tasik Setapak Jaya Kuala Lumpur

Selamat sejatera kepada semua rakan.


Aktiviti memancing menjadi kegemaran Sop sejak kecil lagi. Dulu di kampung, rumah Sop tidak jauh dari sungai dan sering memancing ketika waktu lapang.

Namun kini, kelihatan hobi tersebut diminati oleh anak-anak juga termasuk Auni. Walaupun kali pertama memancing ketika di Janda Baik, Pahang tidak mendapat sebarang hasil namun mereka tetap berminat untuk memancing. Minat memancing semakin membuak-buak ketika memancing di kampung tempoh hari. Ini kerana menancing di kampung Sop lebih mudah mendapat ikan walaupun ikan kecil.

Baru-baru ini terdapat pertandingan memancing di Tasik Setapak Jaya dan kami tidak berminat untuk menyertainya. Namun sehari selepas pertandingan, kami terus pergi memancing ke tasik tersebut kerana banyak ikan dilepaskan sebelum pertandingan.

Dengan umpan cengkerik yang dibeli di kedai, kami mencuba nasib dengan harapan ada ikan yang dilepaskan menjamah umpan kami. Selepas pertandingan tersebut, memang ramai kaki pancing yang memancing di Tasik Setapak Jaya. Pelbagai jenis teknik memancing yang digunakan. Nampaknya yang paling berkesan menggunakan teknik mata pukat.

Setelah 2 jam setelah menanti, akhirnya kami akur dengan nasib tiada ikan yang sudi menjamah umpan kami. Mungkin umpan cengkerik kurang menarik atau ikan-ikan masih kenyang kerana terlalu ramai yang memancing. Sepanjang berada di situ, hanya 3 ekor ikan yang berjaya dinaikkan oleh pemancing lain.

Kelihatan anak-anak bosan juga menanti joran yang tidak ditarik sebarang ikan. Berbeza dengan memancing di sungai kampung Sop yang sekejab-sekejab boleh rasa ikan mula menjamah umpan. Apabila 'membangau', anak-anak mula merapu buat aktiviti lain sementara menunggu joran.

Tetiba tidak sabar hendak balik memancing di kampung :)

Galeri gambar:






2 comments:


EmoticonEmoticon