03 November 2015

Family day di Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Pada minggu lepas, telah berlangsung family day tempat kerja Sop di Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang. Aktiviti ini merupakan kali pertama di adakan secara berkeluarga. Perancangan telah diadakan  sejak 3 minggu sebelum aktiviti sebenar berlangsung.

Chalet di Janda Baik, Pahang tidak banyak yang boleh menampung jumlah peserta yang ramai. Semasa membuat pencarian hanya beberapa chalet sahaja yang mempunyai chalet yang banyak namun tarikh yang dipohon telah ada tempahan. Banyak pengusaha chalet hanya mempunyai beberapa chalet sahaja.

Akhir kami dapat membuat tempahan di Teratak Malaya, Janda Baik. Terdapat banyak chalet di Teratak Malaya iaitu lebih kurang 40 chalet dalam pelbagai bentuk serta kapasiti. Jumlah yang diperlukan dapat dipenuhi dan sesuai dengan bajet program kami.


Program family day kami hanya 2 hari 1 malam sahaja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Program bermula dengan berkumpul di pejabat untuk mengambil barang-barang keperluan. Sesetengah peserta terus menuju ke Teratak Malaya, Janda Baik. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Janda Baik hanya memakan masa 45 minit sahaja.


Selesai proses pendaftaran bilik dan persiapan diri, aktiviti dimulakan dengan sukaneka. Sebelum sukaneka, acara memanaskan badan dilakukan dengan aktiviti senamrobik. Aktiviti dilakukan di kawasan padang berhampiran chalet sahaja. Beberapa acara sukaneka dilakukan mengikut kategori iaitu kanak-kanak, pasangan dan berkumpulan. Selesai acara sukaneka, majlis penyampaian hadiah dialukan di situ juga.


Selesai acara sukaneka, semua keluarga bebas melakukan aktiviti masing-masing. Ramai ahli keluarga yang mengambil kesempatan untuk mandi manda di sungai. Sungai di sekitar Teratak Malaya cetek sahaja tetapi sesuai untuk kanak-kanak dan paling sesuai ia sangat selamat untuk kanak-kanak. Sekiranya orang dewasa ingin ke sungai yang lebih dalam, pihak chalet boleh bawa ke kawasan tersebut dengan kenderaan untuk mandi manda.


Ada juga rakan yang mengambil kesempatan memancing ikan di kolam ikan. Pihak chalet Teratak Malaya membenarkan kami memancing di kolam tersebut dengan percuma sahaja. 3 ekor ikan talapia dapat ditangkap pada petang tersebut. Sop pun bawa joran untuk memancing dan ini merupakan pengalaman pertama Azfar dan Azwar memancing.


Pada sebelah malam, aktiviti BBQ diadakan untuk makan malam. Kami telah menyewa tapak BBQ dan arang namun bahan BBQ telah dibawa dari Kuala Lumpur. Aktiviti BBQ bawah khemah menyelamat keadaan apabila hujan mula turun pada malam tersebut. Ruang makan juga disediakan dengan kemudahan kerusi dan meja.


Selesai aktiviti bertukar hadiah dan sambutan hari lahir, semua peserta family day kembali ke chalet dan berehat.


Pada keesokan pagi, aktiviti dimulakan dengan senamrobik. Cuaca yang baik dan udara yang segar di Janda Baik memberi suasana selesa di pagi tersebut. Selesai senamrobik, kami bersarapan dengan hidangan yang disediakan oleh peserta. Untuk makluman, kami hanya tempahan chalet sahaja tanpa makan dan minum. Ini kerana kami ingin melakukan secara gotong royong antara semua keluarga untuk merapatkan hubungan antara semua keluarga. Pihak chalet menyediakan perkhidmatan makanan jika dperlukan.


Selesai sarapan, kami sempat mengambil gambar berkumpulan. Masing-mula daftar keluar chalet bermula jam 11.00 pagi. Sop mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur bermula pada jam 12.00 pagi.

Program yang singkat tetapi menyeronokkan. Objektif program juga tercapai apabila semua ahli keluarga terlibat secara aktif dalam family day ini.

Bagi yang ingin bercuti atau mengadakan program, bolehlah dimasukkan Teratak Malaya sebagai pilihan. Kawasan Teratak Malaya cukup bersih dan menarik. Chalet yang disediakan juga unik dan selesa. Terdapat banyak pilihan chalet mengikut saiz dan bajet yang diperlukan. Malah pengusaha chalet Teratak Malaya sangat tidak berkira. Beberapa kemudahan diberikan percuma tanpa bayaran.

Galeri gambar:


4 comments:

  1. comel gak tempatnya. sesuai utk berehat dari kesibukan kotaraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul abe kie, menang tenang je dok sini
      sekali skala patut datang rehat :)

      Delete
  2. berapa budget buat family day ni ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Total kos lebih kurang RM3K sahaja kerana banyak diurus sendiri
      peralatan banyak pinjam dan bawa sendiri
      makan minum sendiri kecuali minum petang
      chalet RM180 x bilangan keluarga :)

      Delete


EmoticonEmoticon