12 February 2016

Aktiviti memancing di kampung

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Memancing merupakan hobi yang diminati ramai dari kalangan kanak-kanak hingga orang dewasa. Bagi kanak-kanak, memancing dapat memupuk banyak sifat positif seperti sabar, peka, menghayati alam sekitar, kemahiran psikomotor dan sebagainya.

Auni pun suka memancing
Aktiviti memancing kali ini merupakan pengalaman kedua untuk Azfar, Azwar dan Auni. Sebelum ini, kami telah memancing di Janda Baik semasa program Hari Keluarga pejabat Sop. Namun begitu, ini merupakan pengalaman pertama mendapat ikan semasa memancing! Jelas keterujaan anak-anak apabila memancing mendapat hasilnya. Kesannya setiap hari anak-anak ajak memancing! huhuhu

Rumah kampung Sop tidak jauh dari sungai. Sebelum ini telah beberapa Azfar dan Azwar ajak memancing ketika balik ke kampung. Oleh kerana mereka masih kecil, jadi Sop belum sesuai untuk membawa mereka memancing. Sekarang ini juga perlu pastikan mereka betul-betul menjaga keselamatan berada di tepi sungai dan juga aktiviti memancing.

Bahaya juga jika tidak diawasi ketika memancing terutama risiko mata kail yang tajam, keadaan sungai yang bahaya dan sebagainya. Jadi Sop perlu sentiasa berhati-hati ketika memancing. Peringkat awal memancing, beberapa cabaran perlu dihadapi seperti sangkut atas pokok, tali berbelit, sangkut pada tunggul dan sebagainya. 

Ikan kekek berjaya dinaikkan Azfar
Sepanjang 3 hari memancing, terdapat beberapa ekor ikan yang berjaya dinaikkan antara ikan duri, ikan beluku pasir, ikan kekek dan siakap merah. Semua saiz kecil sahaja kerana kami menggunakan umpan ikan sahaja. Mata kail digunakan juga kecil untuk fokus mendapat ikan sahaja. 

Selepas ini, memang aktiviti utama balik kampung ialah memancing lah. Auni juga telah berminat memancing apabila berjaya menaikkan 2 ekor ikan duri.

Galeri gambar:

Ikan siakap merah
Azwar berjaya menaikkan ikan beluku pasir 
Port memancing yang selesa
Ikan duri
Port yang menarik tetapi tidak sesuai untuk kanak-kanak
Port memancing yang selesa sangat
Auni berjaya menaikkan ikan duri

1 comment:


EmoticonEmoticon