Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Ketiga)
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
 |
Hadapan lobi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa |
Ride Jelajah Timur EduRiders@KL kami diteruskan dengan hari ketiga (entry
hari pertama dan
hari kedua) yang mana perancangan kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Oleh kerana hotel
Ri-Yaz Heritage Resort & Spa cukup selesa untuk ditinggalkan, kami bertolak agak lambat iaitu sehingga waktu daftar keluar jam 12.00 tengah hari :)
 |
Pasar Payang |
Sebelum berangkat pulang, kami telah singgah di Pasar Payang terlebih dahulu. Satu kerugian jika ke Kuala Terengganu tetapi tidak singgah di Pasar Payang. Macam-macam boleh beli di Pasar Payang bukan? Huhuhu
 |
Makan nasi beriani |
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur berjalan lancar dan cuaca juga sangat baik. Sepanjang perjalanan, kami telah singgah beberapa tempat untuk makan minum dan solat.
 |
Singgah makan jagung dan air nira |
Kami telah makan tengah hari di Restoran Nasi Beriani yang terletak di Kuala Ibai. Seterusnya kami singgah di Merchang untuk makan jagung dan air nira. Kemudian singgah beli kerepok lekor di Kemaman dan akhir sekali singgah makan malam di Hentian Temerloh.
Semasa memasuki Lebuh Raya Pantai Timur, hari telah malam dan perjalanan agak perlahan kerana terdapat kawasan yang hujan serta berkabus.
Kami semua selamat tiba di Tol Gombak pada jam 12.00 malam iaitu check point kami yang terakhir sebelum masing-masing kembali ke rumah masing-masing.
Tahniah kepada semua peserta Ride Jelajah Timur EduRiders@KL yang telah berjaya mengharungi 3 hari konvoi ini.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon