Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL hari kedua kami dimulakan dengan check out dari Hotel Holiday Villa Kota Bharu pada jam 9.00 pagi yang akan bertolak ke Kuala Terengganu. Sebelum bertolak, kami telah singgah di Warung Kita yang cukup popular di Kota Bharu untuk minum pagi.

Setelah minum pagi, kami terpaksa singgah di bengkel motor kerana terdapat 2 buah motosikal ahli konvoi yang terkena paku dan skru. Tayar motor perlu di tampal terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Semasa perjalanan dari Kelantan ke Kuala Terengganu, hujan mula turun sehingga kami tiba di Kuala Terengganu. Kiranya berbasah juga kami sepanjang perjalanan tersebut. Nasib baik perjalanan dari Kelantan ke Kuala Terengganu tidak jauh.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Kami telah singgah makan tengah hari di Pantai Merang dan kemudian perkena seafood goreng di sekitar pantai tersebut.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Kami tiba di Ri-Yaz Heritage Resort and Spa, Kuala Terengganu iaitu tempat penginapan kami untuk malam ini pada jam 4.30 petang. Pada sebelah petang kami sempat pusing sekitar Bandar Kuala Terengganu dan pada sebelah malam, kami mempunyai urusan kerja di Wisma Darul Iman.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Selepas urusan kerja di Wisma Darul Iman, kami ke Marang untuk minum malam di Restoran Lempeng. Menu utama di Restoran Lempeng ini ialah lempeng dan air kelapa ais krim. Air tuak ais krim juga menjadi menu istimewa.

Malam tersebut kami tidur dengan lena kerana kepenatan dan perut yang kenyang :) Ikuti review Ri-Yaz Heritage Resort and Spa, Kuala Terengganu dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)
Permandangan dari depan lobi hotel

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)
Air kepala ais krim

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)
Lempeng kuah kari

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Kedua)
Air tuak ais krim

Previous
Next Post »