Ride Jelajah Timur EduRiders@KL (Hari Pertama)

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ride atau konvoi merupakan aktiviti tidak asing lagi dalam dunia permotoran tidak kira motor besar atau motor kecil. Menunggang secara berkumpulan ke sesuatu destinasi lebih menyeronokkan berbanding menunggang secara solo.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL
Sebelum memulakan ride
Perjalanan telah bermula pada hari Selasa yang mana Ride Jelajah Timur EduRiders@KL ini disertai oleh 20 orang dengan 17 buah motosikal pelbagai jenis. Ride ini akan melalui Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Beberapa destinasi persinggahan dan penginapan telah diaturkan iaitu Kelantan dan Terengganu.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL
Kedai Tasek Raban
Perjalanan dari Kuala Lumpur telah bermula pada jam 9.00 pagi selepas bersarapan dan melalui lebuhraya Plus menuju ke Perak untuk melalui Gerik. Ride berjalan lancar dengan cuaca sangat baik. Kami telah singgah di Tasek Raban untuk makan tengah hari. Pertama kali Sop singgah di Tasek Raban ini :)

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL
Tasik Banding
Perjalanan diteruskan lagi dengan singgah pula di Tasik Bading untuk minum-minum sambil menghayati keindahan alam sekitar. Di puncak Bukit Gerik, kami sekali singgah untuk solat dan menghayati keindahan alam.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL
Bukit Titiwangsa
Perjalanan ke Kelantan mula perlahan selepas berhenti di puncak Bukit Gerik, hujan mula turun. Dengan penunggangan yang berhati-hati, kami tiba di tempat penginapan pada jam 6.30 petang. Penginapan kami di Kelantan ialah di Hotel Holiday Villa yang baru dibuka. Ikuti review Hotel Holiday Villa dalam entry seterusnya.

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL
Holiday Villa, Kota Bharu

Pada sebelah malam, kami ada aktiviti perjumpaan dengan kelab permotoran Kelantan. Rancangan perjumpaan dengan kelab permotoran Kelatan merupakan salah satu objektif utama iaitu untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan hubungan antara bikes..

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL
Bersama Bikes Tanah Merah, Kelantan

Malam tersebut, kami semua rehat sebaiknya untuk meneruskan perjalanan pada keesokannya.

Galeri gambar:

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Ride Jelajah Timur EduRiders@KL

Previous
Next Post »