02 February 2013

Terima kasih P1 kerana beri peluang cuba MiFi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

MiFi MX230
Hari ini, modem MiFi MX230 telah dipulangkan kembali ke pejabat P1 yang terletak di Petaling Jaya setelah hampir 5 minggu menggunakan modem MiFi tersebut.

Terima kasih kepada pihak P1 yang memilih Sop untuk mencuba dan membuat review modem tersebut. Ikuti review mengenai modem MF230 dan MX230 di URL berikut:


Selamat 5 minggu menggunakan modem MiFi P1, sangat berbaloi mencubanya. Antaranya berpeluang mencuba internet 4G yang terpantas di masa kini. Jika tidak menyertai program review ini, mana boleh cuba internet 4G kan? Kenalah daftar sendiri :)

MiFi MF230

Bagi yang ingin menggunakan produk P1, anda boleh ke mana-mana pusat P1 yang Sop lihat terdapat di merata-rata pusat beli belah. Pastikan anda semak kawasan liputan anda dahulu untuk pastikan mendapat liputan P1 Wimax. Jika ada liputan, anda boleh mencuba selama 7 hari. Jika tidak berpuas hati, boleh pulangkan kembali modem P1 dan wang pendaftaran akan dikembalikan. Jika berpuas hati, boleh teruskan sahaja perkhidmatan P1 tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk P1, sila layari www.p1.com.my

Ibu Pejabat P1
Sekali lagi Sop ucapkan terima kasih kepada P1 kerana diberi peluang sertai program ini. Jika ada program-program lain akan datang, sudi-sudilah jemput lagi :) Hehehe


EmoticonEmoticon