Mencuba P1 4G Portable MiFi Modem MF230

Selamat sejahtera kepada kepada semua rakan.

Telah mencuba teknologi 4G?
Ini adalah kali pertama Sop mencuba talian 4G oleh P1. Sangat teruja untuk mencuba untuk mengetahui prestasi teknologi 4G. Sekarang hanya guna 3G, mungkin rasa telah terbaik tetapi jika teknologi 4G, mesti lagi hebat bukan?

P1 4G Portable MiFi Modem
P1 4G Portable MiFi Modem MF2300

Program mencuba P1 MiFi ToGo ini khas kepada Blogger untuk merasai sendiri kehebatan teknologi 4G oleh P1 dan boleh berkongsi dengan pembaca. Jika rasa sangat baik, boleh terus guna perkhidmatan P1 4G ini bukan? Sebagai blogger, talian internet sangat penting untuk memastikan sentiasa berhubung.

P1 4G Portable MiFi Modem
Pejabat P1 di Petaling Jaya
Tawaran oleh pihak P1 ialah untuk mencuba peranti MX230 tetapi semasa pengambilan di pejabat P1, peranti MF230 telah diberikan. Peranti MX230 adalah yang terbaru dari P1 dengan beberapa ciri yang lebih berbanding MF230. Oleh kerana mendapat peranti MF230, cuba sahaja dahulu. Boleh buat perbandingan antara MF230 dengan MX230 nanti.

P1 4G Portable MiFi Modem
Set P1 4G Portable MiFi Modem yang dibawa balik

Oleh kerana telah berpeluang guna peranti P1 MF230 ini, Sop kongsi dahulu pengalaman menggunakannya. :)

P1 4G Portable MiFi Modem
Atas motor pun boleh!!
Hari ini baru hari ke 2 menggunakan  P1 4G Portable MiFi MF230 kerana semalam baru mendapatkannya. MF230 merupakan P1 4G Portable MiFi Moden yang mana teknologi terkini untuk internet ToGo. Boleh bawa ke mana-mana dan berkongsi internet dengan keluarga. Macam Sop, anak-anak boleh berkongsi internet   pada tablet masing-masing melalui P1 4G Portable MiFi Moden ini. Jika WiFi biasa, hanya boleh berada di rumah dan jika keluar? Kena cari kedai-kedai yang menyediakan WiFi.

Dengan P1 4G Portable MiFi Moden kita boleh berhubung dengan internet setiap masa sama ada di rumah, dalam kereta, di kedai, di taman dan sebagainya. Paling penting, kelajuan ialah 4G!

Di rumah malam tadi semasa mencuba, lampu penerimaan WiMAX hanya merah di rumah Sop iaitu untuk penerimaan rendah manakala jingga untuk sederhana dan hijau adakah terbaik. Tetapi tahap kelajuan internet masih berbeza dengan 3G yang penerimaan penuh! Cuba menghubungkan dengan 2 sambungan, masih lagi laju! Sangat hebat!

Dengan prestasi sebegini, perasaan untuk mencuba terus membuak-buak! Tidak sabar untuk mencuba di kawasan yang boleh menerima penerimaan WiMAX terbaik! Agak-agak boleh terbang?

Ikuti review P1 4G Portable MiFi Modem seterusnya dalam entry akan datang. Banyak yang menarik hendak kongsi kerana sangat best! Hehehe

Kepada rakan-rakan ingin mendapat maklumat lanjut mengenai P1 4G MiFi, sila layari http://www.p1.com.my/mifi/ untuk maklumat lanjut.
Previous
Next Post »