01 January 2013

WiFi sentiasa dipoket - MIFI P1 MX230

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

MX230
MX230 sentiasa di poket seluar :)

Sebelum ini, Sop ada bercerita tentang MIFI MF230 oleh P1 Wimax yang diberi peluang untuk mencubanya. Kini Sop berpeluang pula untuk menggunakan MIFI terbaru oleh P1 iaitu model MX230.

MIFI MX230 ini berfungsi sama seperti MIFI MF230 tetapi beberapa fungsi telah dinaiktaraf untuk menjadi lebih baik dan berkuasa.

Apa yang Sop suka dengan produk MIFI MX230 oleh P1 ini ialah WiFi sentiasa bersama dengan Sop kemana sahaja. Di situ ada Sop, di situ juga ada WiFi. MIFI P1 MX230 sentiasa di dalam poket seluar. Jangan jeles! Hehehe

Sudah ada pelan data, kenapa perlu lagi MIFI MX230?
Perkhidmatan P1 dengan kuasa 4G pasti tiada tandingan dari segi kelajuan internetnya tidak mungkin hendak ditinggalkan di rumah bukan? Di rumah pasti hendak guna, di luar rumah lagi hendak guna bukan? Kita sekarang ini perlukan internet sentiasa dihujung jari. Lebih pantas internet anda, lebih hebat maklumat kita :)

Sekarang ini, penggunaan tablet dan laptop berleluasa dan dimana-mana. Jika anda menggunakan beberapa jenis gajet, adakah semuanya perlukan pelan data atau broadband? Kenapa tidak menggunakan MIFI yang boleh menghubungkan satu pusat internet dengan beberapa gajet? Mudah bukan?

Bagaimana jika ke kedai tiada WiFi disediakan? Adakah anda akan meminta kedai tersebut menyediakan WiFi baru hendak anda lepak di sana? Bagaimana pula dengan WiFi yang disediakan oleh kedai tidak memuaskan?

MIFI MX230 oleh P1 Wimax ini adalah jalan penyelesaian terbaik bagi pengguna yang banyak bergerak dan memiliki banyak gajet untuk dihubungkan dengan internet.

Dengan teknologi 4G, kelajuan internet tidak dapat disangkal lagi.

Setakat ini, kemana sahaja Sop akan bawa MIFI MX230 oleh P1 ini untuk berhubung dengan internet. Sangat berpuas hati dengan tahap prestasinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk P1, sila lawat www.p1.com.my


EmoticonEmoticon