31 July 2012

Cik Tom dan Encik Sop

Ini bukan Cik Tom yang sebenar yer! :)
Selamat sejahtera kepada semua rakan, Moga ceria-ceria selalu.

Jika dilihat pada tajuk entry, apa agaknya hendak hendak Sop cerita?
Jika anda selalu ke blog Cik Tom, pasti tahu tentang "Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom". Entry ini adalah karangan penyertaan peraduan tersebut. Peraduan atau cabutan bertuah yang mudah berbeza dengan peraduan seperti dalam entry "Peraduan tidak capai jumlah penyertaan akan dibatalkan?" Rakan-rakan blogger dijemput juga untuk sertai peraduan ini kerana banyak hadiah yang disediakan oleh penganjur peraduan.

Bagaimana Sop kenal dengan Cik Tom?
Agak lama juga Sop mengenali Cik Tom ini yang mana pada asalnya beliau menggunakan blogspot dengan nama Tomato Gurl's Life. Mula-mula kenal semasa Cik Tom sertai blog review yang Sop buat pada tahun 2010. Nak tahu apa tag line Cik Tom dulu?
My Photo
A new beginning of my life as a blogger has been started on 15th July 2010...I blogging about my personal life, friends, contest/giveaway, tips, tutorial or anything that i like to share in my blog. Feel free to drop by my blog to share some thought. If u want to critic my blog, please be in a honest way as the owner is human not a blog. Conclusion, i luv tomato...;)

Sejak mula mengenali Cik Tom, Sop tahu beliau akan fokus dalam dunia blogging. Jika rakan-rakan baca blog review [link] pada masa tersebut, boleh lihat usaha-usaha Cik Tom dalam dunia blogging.

Selepas itu, Cik Tom terus mengembangkan sayap bloggingnya dengan menggunakan domain ciktom.com dengan hosting sekali. Penukaran blogspot kepada wordpress memberi lebih banyak kelebihan kepada Cik Tom. Blog beliau terus meningkat dan meningkat. Tahniah kepada Cik Tom yang telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Sekarang ini, Sop sendiri tidak terkejar dengan kejayaan Cik Tom tersebut. [Kena tukar kepada Wordpress juga kot? Hehehe]

Apa yang hebat tentang Cik Tom?
Apabila kita fokus dengan dunia blogging, pencapaian akan terus meningkat. Sekarang ini, Cik Tom bukan sahaja mantap dalam pencapaian trafik tetapi juga pendapatan blogging. Beliau sering membuat entry perkongsian pendapatan yang diterima. Memang berbaloi-baloi Cik Tom yer?
Sekali lagi tahniah kepada Cik Tom.

Adakah Sop memuji-muji Cik Tom ini kerana hendak 'bodek' memenangi peraduan?
Tidak, apa yang Sop tulis adalah pandangan ikhlas sahaja. Cik Tom sekarang telah dijadikan idola kepada ramai blogger baru. Tidak percaya? Banyak tutorial-tutorial yang dikongsi beliau dari dulu hingga sekarang. Cara utama mendekatkan blog dengan blogger baru ialah melalui perkongsian tutorial. Blogger yang baru berkenalan dalam dunia blogging sangat memerlukan tutorial sebagai panduan. Jika anda mempunyai info yang bagus, tutorial, tips dan sebagainya tentang blogging, jangan kedekut untuk berkongsi. Sekiranya anda berkongsi, lebih banyak yang akan anda dapat.

Untuk entry terbaik yang menjadi pilihan, mestilah Sop pilih entry "Blog Review: Tomato Gurl's Life" kerana entry ini berkaitan dengan Cik Tom. Kalau ikut, semua entry Sop adalah terbaik! Hehehe [Angkat bakul sendiri yer..]

Kepada yang belum lagi mengenali dengan Cik Tom, sila lawat www.ciktom.com. Tak kenal maka tak cinta, bukan? Heheheh

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtaiPapa MifzAmnaKak MahhDania Eryati,OnlajerNazriHatiputeraEielaRina AvailAkhiyy,HafizulPuanbee dan KeretaHitam.”


EmoticonEmoticon