30 July 2012

Peraduan tidak capai jumlah penyertaan akan dibatalkan?

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Anda suka sertai peraduan atau segmen?
Peraduan adalah salah satu cara untuk mengumpul pendapatan melalui blogging, percaya tak?

Sekarang ini Sop banyak lihat blogger yang mula menggunakan pendekatan meletakkan sasaran tertentu dalam peraduan yang dianjurkan seperti "akan terbatal peraduan ini tiada penyertaan 100" atau jumlah yang ditetapkan. Jika dulu trendnya ialah meletakkan syarat peserta pelu "tag" atau minta rakan untuk sertai. Ada juga menggunakan pemilihan berdasarkan pengundian dan banyak lagi cara-cara lain.

Apabila meletakkan syarat perlu cukup penyertaan yang disasarkan, Sop lihat sebagai peraduan yang tidak ikhlas. Setuju?
Memang tidak salah meletakkan sasaran tetapi jika jumlah yang diletakkan tidak tercapai, bagaimana mereka yang telah menyertai? Semua syarat telah dibuat seperti like, follow, komen, buat entry dan sebagainya. Ia bagaikan satu penipuan bagi peserta bukan? Kalau mahu peraduan tersebut dibatalkan, letak sasaran tinggi. Hanya separuh yang sertai dan akhirnya peraduan terbatal. Tidak perlu bagi hadiah! Iks iks iks

Maafkan Sop kerana berfikiran negatif tetapi rasa tidak sesuai dengan syarat peraduan seperti itu. Jika kita ingin ramai peserta, buat promosi peraduan lebih, buat peraduan yang menarik, bagi hadiah yang gempak, jadikan peraduan mudah, pasti ramai yang akan sertainya.

Ada yang Sop lihat sampai diletakkan sehingga perlu 200 penyertaan! Agak-agak boleh capai? Untuk memastikan peraduan itu berlangsung, peserta pula yang terpaksa promosi untuk memastikan peraduan tidak terbatal.

Apa yang Sop tulis sebagai pandangan sahaja. Mungkin dengan ada sasaran ini, jumlah penyertaan akan tinggi, bukan?


Sop nak try buat juga, boleh? Heheheh


EmoticonEmoticon