15 November 2010

Blog Review: Tomato Gurl's Life


Anda suka makan tomato?
Anda juga akan pasti menyukai blog Tomato Gurl's Life.

Apa itu blog Tomato Gurl's Life?
- Blog jualan tomato?
- Blog menanam tomato?
- Blog peminat tomato?

Jawapannya ialah pemilik blog ini sangat meminati tomato. [betul ke Cik Tom?]

Pemilik blog ini yang dikenali dengan nama gelaran Cik Tom seorang blogger yang tegar sejak Julai 2010. Walaupun baru setengah tahun aktif menulis blog tetapi blog beliau telah dikenali ramai. Mungkin peluang Cik Tom yang mempunyai banyak masa digunakan sepenuhnya dalam aktiviti blogging. Semangat yang dimiliki Cik Tom sama dengan blogger Ellen yang pernah Sop buat review sebelum ini.

Traffic blog Tomato Gurl's Life sangat memuaskan. Hanya setengah tahun sahaja, ranking Alexa boleh mencecah bawah 300k. Ini menunjukkan blog Cik Tom sentiasa mengekalkan traffic harian beliau.

Dari segi SEO, blog Tomato Gurl's Life telah membuat kebanyakkan setting yang berkaitan. Cuma jika Cik Tom menggunakan doman sendiri, pasti SEO akan lebih meningkat.

Apa yang menarik di blog Tomato Gurl's Life?
Bagi yang pernah atau selalu singgah ke blog Tomato Gurl's Life, pasti mengetahui keistimewaan yang terdapat di blog ini. Antara yang menjadi perhatian ialah Tips, Tutorial dan Diari Cik Tom. Untuk senarai penuh entry blog Tomato Gurl's Life, sila rujuk di sini.

Setiap penulisan Cik Tom adalah berdasarkan pendapat peribadi dan mesra pembaca. Pelawat akan terus membaca penulisan beliau sehingga tamat entry. Oleh sebab itu, setiap entry menerima banyak komen dari pembaca beliau.

Dari segi design, kombinasi warna sangat sesuai iaitu ungu dan pink. Pemilihan warna latar entry bewarna putih dan tulisan hitam adalah yang terbaik. Template yang ringkas dan padat menjadikan blog bukan sahaja ringan untuk load tetapi selesa untuk pelawat singgah menziarah. Header yang menggunakan flash menjadikan blog lebih menarik. Jika hendak tambah juga, masukkan sedikit unsur grafik untuk menjadikan lebih menarik.

Secara keseluruhan, blog Cik Tom berada ditahap yang terbaik. Apa yang perlu dilakukan ialah kekal menulis dan berkongsi maklumat. Sekiranya mempunyai kemampuan, bolehlah mendapatkan domain sendiri.
Manakala dari segi tajuk entry, Cik Tom boleh khususkan lagi untuk SEO. Gunakan tajuk-tajuk yang sering orang cari dan menarik perhatian. Contoh "Terima Kasih Nuffnang" mungkin boleh khusukan lagi sebagai Buffered Earning Nuffnang seterusnya/kedua/bertambah dan sebagainya. Apabila carian keyword "BE' terlalu banyak dalam dunia perkataan.



Berikut adalah maklumat tentang blog Tomato Gurl's Life:
My Photo
A new beginning of my life as a blogger has been started on 15th July 2010...I blogging about my personal life, friends, contest/giveaway, tips, tutorial or anything that i like to share in my blog. Feel free to drop by my blog to share some thought. If u want to critic my blog, please be in a honest way as the owner is human not a blog. Conclusion, i luv tomato...;)

Kepada yang belum pernah singgah di blog Tomato Gurl's Life, jom terjah segera. Bagi yang pernah singgah, terjah-terjah selalu kerana Cik Tom pasti membalas lawatan anda tersebut.


EmoticonEmoticon