26 July 2016

Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sejak Maybank menyediakan kad Debit Visa bergambar ini, ramai yang telah berkongsi kad masing-masing di laman sosial. Dengan adanya gambar sendiri pada kad, lebih menarik kad debit tersebut. Kiranya kad debit kita limited edition dan pasti bangga ada gambar sendiri pada kad tersebut bukan? Duit tiada dalam bank itu belakang kira la yer. Hahahaha

Untuk memohon Maybank Visa Debit Picture Card ini boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu melalui kaunter bank dan melalui online. Jika melalui kaunter, anda perlu membawa gambar softcopy melalui pendrive.

Paling mudah, anda boleh membuat permohonan sacara online sahaja bagi pengguna Maybank2U. Anda boleh ejas gambar sendiri dan dapat melihat preview hasil kad tersebut. Jika tidak puas hati, boleh tukar gambar yang sesuai dengan kad.

Untuk permohonan online, sila ikuti langkah berikut:

Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online


  • Lamat web Maybank2U di http://www.maybank2u.com.my
  • Klik pada menu Cards
  • Pilih menu Debit Cards
  • Kemudian pilih Find out more untuk Maybank Visa Debit Picture Card
Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online
  • Pada halaman tersebut diterangkan mengenai Maybank Visa Debit Picture Card dan pilih click here pada bahagian How to apply?
  • Anda diminta 'Accept' syarat-syarat Debit Picture Card pada halaman seterusnya
Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online
  • Seterusnya anda boleh muat naik gambar pada halaman Use Custom Picture. Sila pastikan gambar memenuhi syarat yang ditetapkan pada halaman tersebut.
Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online
  • Setelah memuat naik gambar, anda boleh membuat aturan pada gambar tersebut mengikut kesesuaian. Sila rujuk hasil preview kad yang dipaparkan
  • Setelah berpuas hati, anda boleh menghantar gambar tersebut.
Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online
  • Selesai upload, anda perlu mengisi maklumat berkaitan dan memilih cawangan bank untuk mengambil kad tersebut.
  • Pastikan pop up pelayar web dipadamkan atau menerima pop up web Maybank untuk ke halaman seterusnya iaitu proses pembayaran. Anda diminta log masuk ke akaun Maybank2u dan proses pembayaran/pemotongan bayaran akan dikenakan iaitu RM 26.50 (termasuk GST)
Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online
  • Selesai proses pembayaran, proses permohonan aybank Visa Debit Picture Card telah selesai.
  • Tunggu pengesahan permohonan melalui emel dalam masa 1 hari (Sop terima dalam masa 15 minit selepas permohonan).
Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online
  • Sekiranya semua urusan permohonan selesai, kad boleh diambil selepas 7 hari di cawangan bank yang telah dipilih.
Sop telah menerima pengesahan emel bayaran telah selesai. Sekarang sedang menunggu kad siap dan akan dimaklumkan melalui emel juga. Semoga semua berjalan lancar dan akan menerima kad debit seperti di atas :)

Anda susah memohon Maybank Visa Debit Picture Card?


2 comments:

  1. Mrs. A masih kad lama belum tukar kepada mydebit lagi huhuuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang2 kena tukar, tukar yg rare sikit
      huhuhuh
      jangan lupa tukar sebelum 2017 yer

      Delete


EmoticonEmoticon