Mohon Maybank Visa Debit Picture Card secara online
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Sejak Maybank menyediakan kad Debit Visa bergambar ini, ramai yang telah berkongsi kad masing-masing di laman sosial. Dengan adanya gambar sendiri pada kad, lebih menarik kad debit tersebut. Kiranya kad debit kita limited edition dan pasti bangga ada gambar sendiri pada kad tersebut bukan? Duit tiada dalam bank itu belakang kira la yer. Hahahaha
Untuk memohon Maybank Visa Debit Picture Card ini boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu melalui kaunter bank dan melalui online. Jika melalui kaunter, anda perlu membawa gambar softcopy melalui pendrive.
Paling mudah, anda boleh membuat permohonan sacara online sahaja bagi pengguna Maybank2U. Anda boleh ejas gambar sendiri dan dapat melihat preview hasil kad tersebut. Jika tidak puas hati, boleh tukar gambar yang sesuai dengan kad.
Untuk permohonan online, sila ikuti langkah berikut:
- Lamat web Maybank2U di http://www.maybank2u.com.my
- Klik pada menu Cards
- Pilih menu Debit Cards
- Kemudian pilih Find out more untuk Maybank Visa Debit Picture Card
- Pada halaman tersebut diterangkan mengenai Maybank Visa Debit Picture Card dan pilih click here pada bahagian How to apply?
- Anda diminta 'Accept' syarat-syarat Debit Picture Card pada halaman seterusnya
- Seterusnya anda boleh muat naik gambar pada halaman Use Custom Picture. Sila pastikan gambar memenuhi syarat yang ditetapkan pada halaman tersebut.
- Setelah memuat naik gambar, anda boleh membuat aturan pada gambar tersebut mengikut kesesuaian. Sila rujuk hasil preview kad yang dipaparkan
- Setelah berpuas hati, anda boleh menghantar gambar tersebut.
- Selesai upload, anda perlu mengisi maklumat berkaitan dan memilih cawangan bank untuk mengambil kad tersebut.
- Pastikan pop up pelayar web dipadamkan atau menerima pop up web Maybank untuk ke halaman seterusnya iaitu proses pembayaran. Anda diminta log masuk ke akaun Maybank2u dan proses pembayaran/pemotongan bayaran akan dikenakan iaitu RM 26.50 (termasuk GST)
- Selesai proses pembayaran, proses permohonan aybank Visa Debit Picture Card telah selesai.
- Tunggu pengesahan permohonan melalui emel dalam masa 1 hari (Sop terima dalam masa 15 minit selepas permohonan).
- Sekiranya semua urusan permohonan selesai, kad boleh diambil selepas 7 hari di cawangan bank yang telah dipilih.
Mrs. A masih kad lama belum tukar kepada mydebit lagi huhuuhuu...
ReplyDeletealang2 kena tukar, tukar yg rare sikit
Deletehuhuhuh
jangan lupa tukar sebelum 2017 yer
Eliminating card obligation from your life is exceptionally simple once you see how the trickery functions and you can start your understanding utilizing the hunt term "the gig is up- - cash, the Federal Reserve and you. buying dumps online
ReplyDeleteHaving credit card obligation and disposing of it legitimately requires just information on how the framework functions and recovering your money related honesty requires just that you set your insight to work for you. gsm data receiver
ReplyDelete