03 March 2015

Jom pasang Almari IKEA PAX

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Projek pasang Almari IKEA PAX

Agak lama tidak berkongsi projek memasang barangan IKEA. Projek memasang almari IKEA PAX ini telah lama dilakukan tetapi tidak kesempatan untuk publish ke blog, Ketika musim banyak urusan kerja ini, agak sukar untuk duduk dan menulis blog. Biasanya apabila penat, hendak buka laptop pun malas :)

Almari PAX IKEA ini Sop pernah pasang sebelum ini untuk bilik lain. Untuk kali ini, Sop telah mendapatkan almari warna putih pula. Walaupun banyak jenis dan design almari IKEA, warna putih dan hitam tetap menjadi pilihan :)

Jom pasang Almari IKEA PAX

Proses pemasangan telah dibantu oleh pekerja khas yang berkemahiran yang terdiri daripada Azfar, Azwar dan Auni. Apa yang seronok dengan memasang barangan IKEA, tenaga kerja yang membantu tidak pernah kurang. Mereka teruja untuk pasang melebihi Sop sendiri.

Proses pemasangan tidak sukar dan peralatan diperlukan hanya asas sahaja seperti tukul, pemuntar skru dan lain-lain. Hanya ikut buku panduan yang disertakan dan almari pasti akan siap dipasang. Proses pemasangan telah dilakukan setengah hari oleh Sop dan keluarga.

Almari PAX IKEA ini dipasang khas untuk dijadikan almari pakaian. Dengan memasang almari ini, Sop boleh menggantung semua baju yang sesuai.

Galeri gambar:




7 comments:

  1. Berapa harga almari ni bro SOP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jual asing-asing bro Ridzwan sbb custom
      Kena beli kotak, pintu, aksesori dalam dan pemegang satu persatu
      Sop beli 3 kotak, 6 pintu dan aksesori dalam hanya guna penggantung
      Kos dalam seribu lebih :)

      Delete
  2. lama tak singgah sini jenguk auni..:)

    ReplyDelete
  3. Beli tempat letak oven tapi tak reti pasang sapa2 bole tolong 0176284216

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila rujuk manual yang disediakan dan ikuti langkah satu persatu. jika perlukan bantuan, sila hubungi talian bantuan teknikal ikea :)

      Delete
  4. Beli tempat letak oven tapi tak reti pasang sapa2 bole tolong 0176284216

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon