Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Entry ini adalah sambungan kepada Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 1 yang telah bercerita tentang proses pembelian dan pemasangan almari tersebut.

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Auni tekun mengikat skru
Selepas pemasangan rangka almari IKEA - PAX tersebut, proses mengangkatnya perlu dilakukan oleh dua orang. Pemasangan diteruskan sehingga ketiga-tiga rangka almari siap dan dicantumkan.

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Rangka dicantumkan
Selesai almari IKEA - PAX dicantum dan dilekatkan pada dinding, proses pemasangan pintu pula dilakukan. Pintu almari IKEA - PAX ini dikenali dengan nama BERGSBO mempunyai pelbagai jenis dan berbeza harga. Sop telah mengambil pintu yang ada design sedikit untuk nampak lebih menarik. Jika boleh dapat pintu almari IKEA - PAX jenis kilat lagi menarik tetapi harga pun menarik juga. Hehehehe

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Tercantum ketiga-tiga rangka almari
Proses pemasangan pintu tidak rumit kerana hanya perlu pasang skru dan kemudian klip kepada rangka almari IKEA - PAX.

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Azwar memasang klip pada pintu almari
Kemudian almari IKEA - PAX dimasukkan 'shelf' dan bakul yang telah dibeli. Terdapat banyak aksesori dalaman yang boleh digunakan tetapi Sop pilih yang asas sahaja kerana almari IKEA - PAX ini dipasang bertujuan untuk storan sahaja. Jika hendak dijadikan almari pakaian, mungkin aksesori lain perlu dibeli. Selesai pemasangan shelf dan bakul, pemegang pintu pula dipasang.

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Pintu almari selesai di pasang
Selesai sudah projek pemasangan almari IKEA - PAX. Tempoh pemasangan lebih kurang 4 jam termasuk rehat dan sebagainya. Jika pihak IKEA memasangnya, mungkin hanya memakan masa 1 jam sahaja. Untuk makluman, pemasangan dilakukan secara manual sahaja (guna skru driver sahaja). Mungkin sedikit penat tetapi boleh dijadikan senaman dan aktiviti yang menyihatkan badan.

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Mula menyusun barang
Kini barang-barang di rumah banyak boleh di simpan di dalam almari IKEA - PAX tersebut. Barang-barang boleh disusun kemas dan almari IKEA - PAX boleh menghiasi bilik.

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2
Selesai memasang pemegang pintu almari
Kos untuk almari IKEA - PAX ini ialah RM2,200.00 untuk keseluruhan barang. Berbaloi bukan?

Selepas ini, boleh pasang almari IKEA - PAX dalam bilik untuk almari pakaian pula. Projek akan datang apabila ada rezeki nanti :)

Galeri gambar:

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Projek pasang almari IKEA - PAX Bahagian 2

Previous
Next Post »