12 June 2014

Ketupat sotong Mak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ketupat sotong mak

Anda suka ketupat sotong?
Ketupat sotong merupakan kegemaran Sop semasa kecil sehingga sekarang. Dulu mak selalu juga buat ketupat sotong ini bila musim sotong murah. Maknanya bukan selalu boleh makan ketupat sotong ini. Jika hendak beli memang susah ketika itu.

Membuat ketupat sotong ini tidak begitu sukar cuma perlu beberapa bahan sahaja. Walaupun tidak susah tetapi jangan minta Sop ajar buat ketupat sotong kerana belum belajar. Sop tahu makan sahaja. Hahaha

Baru-baru ini, Sop balik kampung dan mak bercadang untuk membuat ketupat sotong. Agak lama juga Sop tidak makan ketupat sotong ini. Sop terus ke Pasar Payang untuk mendapatkan sotong kerana pasar di kampung Sop hanya ada jual sotong saiz kecil. Jika boleh sotong perlu saiz besar sederhana yang paling sesuai.

Petang tersebut, siaplah ketupat sotong air tangan mak. Dapatlah merasa beberapa ekor ketupat sotong. Rasa masih seperti dahulu seperti zaman Sop kecil sehingga sekarang. Memang sedap!

Terima kasih mak kerana menyediakan ketupat sotong tersebut :)

Galeri gambar:

Ketupat sotong Mak

Ketupat sotong Mak

Ketupat sotong Mak

Ketupat sotong Mak

10 comments:

  1. tengok ketupat sotong tu ..teringat pulak kat sahabat yg dah balik dungun..dia pun rajin buat ketupat sotong...huhu...

    ReplyDelete
  2. pergh... nenek saya suka buat. Masa arwah atuk ada, dia nelayan..so, sotong melimpah ruah.. rindu pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik la bro Khamzi
      kalau nelayan mmg mewah makan sotong tu :)

      Delete
  3. salam singgah. adoiiiii menggoda betoi lah. terbayang2 dibuatnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jgn xcari Umi :)
      kalau tau boleh masak sendiri (jgn lupa ajak sop) hehehe

      Delete
  4. sedapnya.. huhu. ni raso nk kelik klate ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena blk bro
      sotong memanggil2 tu.. hahaha

      Delete


EmoticonEmoticon