Ketupat sotong Mak
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Anda suka ketupat sotong?
Ketupat sotong merupakan kegemaran Sop semasa kecil sehingga sekarang. Dulu mak selalu juga buat ketupat sotong ini bila musim sotong murah. Maknanya bukan selalu boleh makan ketupat sotong ini. Jika hendak beli memang susah ketika itu.
Membuat ketupat sotong ini tidak begitu sukar cuma perlu beberapa bahan sahaja. Walaupun tidak susah tetapi jangan minta Sop ajar buat ketupat sotong kerana belum belajar. Sop tahu makan sahaja. Hahaha
Baru-baru ini, Sop balik kampung dan mak bercadang untuk membuat ketupat sotong. Agak lama juga Sop tidak makan ketupat sotong ini. Sop terus ke Pasar Payang untuk mendapatkan sotong kerana pasar di kampung Sop hanya ada jual sotong saiz kecil. Jika boleh sotong perlu saiz besar sederhana yang paling sesuai.
Petang tersebut, siaplah ketupat sotong air tangan mak. Dapatlah merasa beberapa ekor ketupat sotong. Rasa masih seperti dahulu seperti zaman Sop kecil sehingga sekarang. Memang sedap!
Terima kasih mak kerana menyediakan ketupat sotong tersebut :)
Galeri gambar:
Eh menarik ni
ReplyDeletekena cuba sis Fuza :)
Deletetengok ketupat sotong tu ..teringat pulak kat sahabat yg dah balik dungun..dia pun rajin buat ketupat sotong...huhu...
ReplyDeletewah mesti sedap kan?
Deletepergh... nenek saya suka buat. Masa arwah atuk ada, dia nelayan..so, sotong melimpah ruah.. rindu pulak..
ReplyDeleteterbaik la bro Khamzi
Deletekalau nelayan mmg mewah makan sotong tu :)
salam singgah. adoiiiii menggoda betoi lah. terbayang2 dibuatnya :)
ReplyDeletecari jgn xcari Umi :)
Deletekalau tau boleh masak sendiri (jgn lupa ajak sop) hehehe
sedapnya.. huhu. ni raso nk kelik klate ni
ReplyDeletekena blk bro
Deletesotong memanggil2 tu.. hahaha