23 March 2014

Bermain jet kertas

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bermain jet kertas

Pernah bermain jet kertas?
Sop percaya semua pernah bermain jet kertas sama ada ketika kecil atau sebaliknya. Permainan yang ringkas tetapi menyeronokkan. Terdapat banyak kategori boleh dimainkan dengan jet kertas ini seperti terbang paling jauh, terbang paling lama, tercantik dan sebagainya.

Paling Sop suka main jet kertas ini masa kecil-kecil dulu ialah terbang paling lama. Sangat puas hati apabila jet kertas boleh terbang lama ke udara. Untuk mendapat jet kertas yang boleh terbang lama, pembinaan jet kertas perlu dibina dengan cara tertentu.

Setiap jet kertas perlu dibuat dengan bentuk tertentu untuk fungsi tertentu. Walaupun nampak mudah membina jet kertas ini, ia perlu dibuat dengan cermat untuk memastikan ia seimbang dan kemas. Ia bagus untuk kanak-kanak membina kreativiti dan perkembangan psikomotor. Jika boleh terangkan tentang graviti dan pergerakan udara yang berkaitan dengan jet kertas lagi bagus (macam kelas sains gitu.. heheheh)

Semalam membawa Azfar dan Azwar bermain jet kertas. Seronok betul mereka apabila mendapat jet kertas yang boleh terbang lama. Mungkin sebelum ini, mereka buat sekadar berbentuk jet kertas tetapi tidak boleh terbang dengan baik.

Galeri gambar:

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

Bermain jet kertas

16 comments:

  1. lama xmain jet kertas..nak buat pon dah lupa mcm mana..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu ada anak nanti baru belajar wat balik yer cik nor :) hehehe

      Delete
  2. yup pernah main satu ketika dulu...best kot...hihihihih (o) (o) (o)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best.. tp masa kecil2 la.. skrg kalau main mana ada feel dah.. hehehe
      thx @ikhwan

      Delete
  3. Dah selalu sangat main sejak ada anak ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin bermain dgn anak
      bgs tu bro @Hafizul :)

      Delete
  4. ok... kal otngok gambo ...macam anak2 mike je yg main..... ate... mike takkan tnegok je kot????.... tak teringin mengulang benda yang pernah kita buat dulu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ate idok la awok nak main juga :)
      bg anak2 pulak merasa :) hehehe

      Delete
  5. Bagus idea ni..anak2 saya pun minat main jet kertas tapi setakat main kat rumah je..lepas ni boleh la bawak diaorang keluar khas untuk main jet kertas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kawasan yg luas mmg lagi best bro @Hairul
      boleh jadi riadah juga :)

      Delete
  6. jet kertas, memang faveret leee masa sekolah rendah dulu-dulu.. hehe, sekarang turunkan ilmu kat anak menakan pula, hikhik :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. memori yg best tu kan
      anak menakan mesti suka :)

      Delete
  7. Terus teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Mengamit kenangan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan zaman kanak2 plg best untuk diimbau kembali kan bro PB :)

      Delete
  8. Kadang-kadang seronok gak jadi bebudak balik ni....sib baik saya still lagi tau nak lipat kertas wat kapal terbang..concorde lagi...ekekekekeke.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu tau utk ajar anak2 pula
      bg mereka rasa juga keseronokkan bermain jet tersebut.. hehehe

      Delete


EmoticonEmoticon