Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah bermain jet kertas?
Sop percaya semua pernah bermain jet kertas sama ada ketika kecil atau sebaliknya. Permainan yang ringkas tetapi menyeronokkan. Terdapat banyak kategori boleh dimainkan dengan jet kertas ini seperti terbang paling jauh, terbang paling lama, tercantik dan sebagainya.
Paling Sop suka main jet kertas ini masa kecil-kecil dulu ialah terbang paling lama. Sangat puas hati apabila jet kertas boleh terbang lama ke udara. Untuk mendapat jet kertas yang boleh terbang lama, pembinaan jet kertas perlu dibina dengan cara tertentu.
Setiap jet kertas perlu dibuat dengan bentuk tertentu untuk fungsi tertentu. Walaupun nampak mudah membina jet kertas ini, ia perlu dibuat dengan cermat untuk memastikan ia seimbang dan kemas. Ia bagus untuk kanak-kanak membina kreativiti dan perkembangan psikomotor. Jika boleh terangkan tentang graviti dan pergerakan udara yang berkaitan dengan jet kertas lagi bagus (macam kelas sains gitu.. heheheh)
Semalam membawa Azfar dan Azwar bermain jet kertas. Seronok betul mereka apabila mendapat jet kertas yang boleh terbang lama. Mungkin sebelum ini, mereka buat sekadar berbentuk jet kertas tetapi tidak boleh terbang dengan baik.
Galeri gambar:
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments
Write commentslama xmain jet kertas..nak buat pon dah lupa mcm mana..haha
Replyyup pernah main satu ketika dulu...best kot...hihihihih (o) (o) (o)
ReplyDah selalu sangat main sejak ada anak ni..haha
Replyok... kal otngok gambo ...macam anak2 mike je yg main..... ate... mike takkan tnegok je kot????.... tak teringin mengulang benda yang pernah kita buat dulu???
ReplyBagus idea ni..anak2 saya pun minat main jet kertas tapi setakat main kat rumah je..lepas ni boleh la bawak diaorang keluar khas untuk main jet kertas ni..
Replytunggu ada anak nanti baru belajar wat balik yer cik nor :) hehehe
Replymmg best.. tp masa kecil2 la.. skrg kalau main mana ada feel dah.. hehehe
Replythx @ikhwan
rajin bermain dgn anak
Replybgs tu bro @Hafizul :)
ate idok la awok nak main juga :)
Replybg anak2 pulak merasa :) hehehe
ada kawasan yg luas mmg lagi best bro @Hairul
Replyboleh jadi riadah juga :)
jet kertas, memang faveret leee masa sekolah rendah dulu-dulu.. hehe, sekarang turunkan ilmu kat anak menakan pula, hikhik :d
ReplyTerus teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Mengamit kenangan betul.
ReplyKadang-kadang seronok gak jadi bebudak balik ni....sib baik saya still lagi tau nak lipat kertas wat kapal terbang..concorde lagi...ekekekekeke.. :-)
Replymemori yg best tu kan
Replyanak menakan mesti suka :)
kenangan zaman kanak2 plg best untuk diimbau kembali kan bro PB :)
Replyperlu tau utk ajar anak2 pula
Replybg mereka rasa juga keseronokkan bermain jet tersebut.. hehehe
EmoticonEmoticon