Review Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Kembara Utara EduRiders@KL pada hari pertama, kami telah menginap di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis. Ini adalah kali kedua Sop menginap di Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.
Jika di Kuala Perlis, Putra Brasmana Hotel ini adalah yang terbesar. Masih terdapat beberapa hotel kecil di sekitar Kuala Perlis ini terutama berdekatan dengan jeti Kuala Perlis.
Reception |
TV disediakan dengan terdapat beberapa rancangan Astro. Ruang bilik juga selesa yang mana bersaiz sederhana :)
Menu sarapan di Putra Brasmana Hotel adalah memuaskan dengan beberapa masakan yang biasa terdapat di hotel 3 bintang ke bawah.
Jika tidak makan di hotel, pengunjung boleh menjamu selera di Medan Selera Kuala Perlis yang bersebelahan dengan Putra Brasmana Hotel sahaja. Pada malam tersebut, kami telah menjamu selera di Medan Selera tersebut.
Kemudahan di Putra Brasmana Hotel ini juga agak kurang iaitu tiada kolam renang disediakan. Jika ada 'bath tab' mungkin boleh mengubati ketiadaan kolam malangnya pun tiada. WiFi hanya disediakan di ruang lobi secara percuma. Jika hendak mendapat WiFi, kenalah lepak di lobi hotel :) Lif juga agak kecil yang boleh memuatkan 3 lelaki dewasa sahaja setiap 1 lif :)
Untuk mencari Putra Brasmana Hotel ini tidak sukar kerana di Kuala Perlis, ia merupakan bangunan tertinggi. Mudah untuk jumpa :)
Untuk maklumat lanjut mengenai Putra Brasmana Hotel ini, sila layari laman Facebook Putra Brasmana Hotel
EmoticonEmoticon