Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Pada Jumaat lepas, Sop telah mengikuti Kembara Bermotosikal ke Utara Kelab EduRiders@KL bersama 30 ahli yang lain. Sebanyak 25 buah motosikal pelbagai jenis telah mengikuti kembara bermotosikal ini.

Kembara Utara EduRiders@Kl ini telah bermula dengan sesi berkumpul dan bersarapan pada jam 7.30 - 8.30 pagi di Stesyen Minyak Shell Jalan Duta. Selepas taklimat ringkas oleh presiden EduRiders@KL, perjalanan dimulakan dengan menuju ke Kedah.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Perjalanan menuju ke Kedah berjalan lancar dan telah berhenti ke beberapa tempat untuk minum pagi dan mengisi minyak.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Kembara Utara EduRiders@KL telah berhenti makan tengah hari di rumah keluarga salah seorang ahli EduRiders@KL di Gurun, Kedah. Selesai makan tengah hari dan solat, perjalanan ke Perlis diteruskan.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Destinasi seterusnya kami ialah di Hotel Putra Brasmana iaitu tempat penginapan untuk hari pertama. Perjalanan lancar walaupun angin kuat dan cuaca agak panas pada hari tersebut. Selesai urusan daftar bilik, aktiviti Kembara Utara EduRiders@KL adalah bebas. Ada yang keluar makan laksa pada petang tersebut dan ada yang hanya berehat di bilik. Sop hanya berehat di bilik kerana badan mula kurang sihat kerana selsema.
Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Pada sebelah malamnya, kami telah makan malam bersama di Medan Selera Kuala Perlis. Agak meriah juga di Medan Selera Kuala Perlis ini kerana kelihatan ramai pengunjung menjamu selera di sini.

Selesa makan malam, kami hanya berehat sambil borak-borak sebelum masuk tidur.

Ikuti Kembara Utara EduRiders@KL untuk hari kedua dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Pertama

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Ida Scripters
AUTHOR
21 January, 2014 17:18 delete

Penghujung bulan Disember lepas Ida ke Cameron Highland... terjumpa lah dengan konvoi macam ni... mereka menuju ke Kedah... sempat juga Ida bergambar dengan mereka...macam best jer tengok konvoi macam ni

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 January, 2014 01:10 delete

bila ramai mmg seronok Ida :)

Reply
avatar