Melancong ke Medan - Perjalanan ke Bandar Medan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Percutian hari ke 3 kami di Medan Indonesia diteruskan selepas daftar keluar Mikie Holiday Resort, Brastagi, Medan, Indonesia. Sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar Medan, kami terlebih dahulu singgah di Pasar Buah yang merupakan tempat tarikan pelancong di Brastagi.
Perjalanan dari Mikie Holiday Resort ke Pasar Buah hanya makan masa 15 minit sahaja. Setibanya di Pasar Buah Brastagi, kami dikejutkan dengan pelawaan pengusaha kuda yang datang untuk membawa bersiar-siar. Azfar dan Azwar yang turun dari kereta terus diangkat menaiki kuda. Kami agak terkejut dengan situasi berkenaan. Pujukan demi pujukan oleh pengusaha kuda berkenaan.
Akhirnya Azfar dan Azwar dibawa mengelingi Pasar Buah berkenaan setelah kami bersetuju. Kami agak risau pertamanya kerana tempat asing dengan sikap pujukan mereka yang berbeza dan keduanya kerana kuda tersebut sangat tinggi. Azfar dan Azwar seronnok kerana berpeluang menunggang kuda yang besar tersebut.
Setelah selesai menunggang kuda dan meronda sekitar Pasar Buah Brastagi, kami meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar Medan yang memakan masa lebih kurang 4 jam dengan laluan berliku menuruni kawasan tinggi.
Kami tiba di Pusat Bandar Medan dan singgah makan ayam penyet di Restoran Ayam Penyet Ria yang cukup terkenal di Medan sebelum daftar masuk ke Hotel Grand Kanaya. Tiada beza ayam penyet di sini berbanding di Malaysia cuma harga jauh lebih murah.
Selesai makan, kami terus ke Hotel Grand Kanaya untuk daftar masuk. Ikuti review mengenai Hotel Grand Kanaya dalam entry seterusnya.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon