07 December 2013

Mikie Holiday Resort, Brastagi, Medan, Indonesia

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Selepas perjalanan kami memakan masa 5 jam, kami akhirnya tiba di Mikie Holiday Resort, Brastagi iaitu destinasi penginapan kami yang seterusnya. Tempahan Mikie Holiday Resort, Brastagi ini telah dibuat melalui Agoda.com.

Mikie Holiday Resort, Brastagi, Medan, Indonesia

Mikie Holiday Resort, Brastagi merupakan hotel agak popular di Brastagi ini kerana keadaan hotel yang baik dan mempunyai taman tema tersendiri. Kami telah memilih bilik hotel jenis 'family room' untuk mendapatkan 2 katil.

Family room di Mikie Holiday Resort, Brastagi ini agak unik kerana ia mempunyai 2 tingkat. Katil pertama di ruang bawah dan katil kedua berada di tingkat atas. Namun begitu, ruang atas hanya diletak katil sahaja. Almari, bilik air, TV semua di ruang bawah. Bagi pengunjung yang ada anak kecil atau warga emas, tidak sesuai rasanya berada di katil atas kerana tangga yang agak tinggi.

Mikie Holiday Resort, Brastagi, Medan, Indonesia

Bilik di Mikie Holiday Resort, Brastagi ini juga tidak dilengkapi kipas dan penghawa dingin kerana kawasan di sini masih suasana sejuk. Oleh kerana hari tersebut hujan, suasana di sini sangat sejuk.

Mikie Holiday Resort, Brastagi, Medan, Indonesia

Beberapa kemudahan disediakan di Mikie Holiday Resort, Brastagi ini seperti kolam renang, kawasan permainan video, WiFi percuma hingga ke bilik, siaran Astro dan lain-lain lagi.

Kawasan Mikie Holiday Resort, Brastagi ini juga cantik dan bersih. Sama seperti ruang di dalam bilik hotel. Kepada yang ingin menginap di Brastagi, Mikie Holiday Resort ini boleh dijadikan pilihan.

Mikie Holiday Resort, Brastagi, Medan, Indonesia

Walaupun Mikie Holiday Resort, Brastagi mempunyai taman tema tetapi kami tidak sempat untuk singgah. Ini kerana Mikie Holiday Resort, Brastagi hanya sebagai tempat untuk menginap. Pada keesokannya kami akan daftar keluar selepas bersarapan. Sebelum perjalanan ke Pusat Bandar Medan, kami akan singgah ke Pasar Buah Brastagi untuk melihat-lihat barang jualan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mikie Holiday Resort ini, sila layari http://www.mikieholiday.com/

Ikuti perjalanan kami ke Pusat Bandar Medan dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

EmoticonEmoticon