28 November 2013

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka
Hotel Avillion Legacy Melaka
Pernah menginap di Hotel Avillion Legacy Melaka?
Sop baru pertama kali singgah menginap di sini atas urusan kerja. Sebelum ini pernah singgah tetapi jumpa rakan di ruang lobi sahaja. Itu pun ikut rakan semasa urusan kerja beberapa tahun lepas. Oleh sebab itu, terpusing-pusing juga apabila Sop mencari Hotel Avillion Legacy Melaka ini :)

Hotel Avillion Legacy Melaka antara hotel yang terkenal juga kerana seni bina bangunan yang menarik dan hiasan dalaman yang hebat. Pada pandangan Sop, masa awal-awal buka dahulu semestinya Hotel Avillion Legacy Melaka ini antara yang terhebat, bukan?

Walaupun Hotel Avillion Legacy Melaka kelihatan agak lama tetapi kekemasan masih terjaga. Hotel Avillion Legacy Melaka cukup bersih di ruangan luar, dobi dan bilik. Tidak hairan jika Hotel Avillion Legacy Melaka menjadi antara tumpuan ramai mereka mengadakan mesyuarat dan bengkel.

Hotel Avillion Legacy Melaka juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik gym dan kolam. Oleh kerana kengkangan kerja, Sop tidak sempat untuk menjenguk kolam dan gym.

Sop suka juga dengan ruang Hotel Avillion Legacy Melaka kerana agak luas dan selesa. Ruang menunggu di depan lift luas, ruang bilik luas, ruang dewan luas dan ruang lobi pun luas. Paling menarik perhatian ialah syiling ruang lobi yang mana hiasan cermin cukup cantik :)

Makanan di Hotel Avillion Legacy Melaka juga menarik. Banyak pilihan menu yang disediakan semasa sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sop memang tidak mampu menjamah semua menu yang disediakan. Maklum sahaja, tangki kecil sahaja (Hehehe)

Dalam kehebatan Hotel Avillion Legacy Melaka ini, ada beberapa perkara yang Sop kurang suka iaitu pertamanya WiFi berbayar! Sop tidak suka dengan hotel yang kedekut WiFi ini :)

Keduanya iron baju dan papan penggosok disediakan apabila diminta tetapi hanya 30 minit sahaja. Maknanya jika malas hendak mengosok kesemua baju, kena tiap-tiap hari minta :( Namun kira baik sedikit dari hotel yang menyediakan ruang iron di bawah tangga atau belakang lift :)

Permandangan di Hotel Avillion Legacy Melaka kurang menarik kerana ia dikelilingi oleh bangunan dan pekan. Bagi yang inginkan permandangan menarik, perlu cari hotel-hotel di tepi pantai :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Avillion Legacy Melaka ini, sila layari http://www.avillionlegacymelaka.com/

Galeri gambar:

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka

Berada di Hotel Avillion Legacy Melaka


EmoticonEmoticon