26 November 2013

WiFi berbayar di hotel!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Internet sangat diperlukan oleh semua pengguna sekarang ini. Setiap urusan banyak menggunakan internet seperti urusan sistem, perbankan, email dan sebagainya.

Bagi blogger, internet memang tidak boleh dipisahkan. Tanpa internet, siapalah blogger bukan? Kikiki

Kembali kepada tajuk, WiFi berbayar di hotel ketika ini tidak lagi wajar. Kemudahan internet adalah sebahagian dari tarikan kepada pengguna untuk singgah ke hotel.

Bagi Sop sendiri, WiFi free menjadi salah satu pilihan dalam memilih hotel. Walaupun ada internet sendiri, kadang kala kita memerlukan lebih dari itu. Contohnya jika bawa ipad atau tab hanya sambungan WiFi, sudah tidak boleh akses internet.

Jika hotel kecil-kecil tidak kisah sangat jika tiada WiFi tetapi jika hotel besar 3 bintang ke atas masih tidak menyediakan WiFi percuma, itu memang tidak sesuai.

Apa pandangan anda pula dengan hotel tidak meyediakan WiFi percuma?


EmoticonEmoticon