Restoran Sakura Kristal Festival City
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah singgah makan di Restoran Sakura Kristal Festival City?
Sop baru pertama kali singgah makan malam di Restoran Sakura Kristal Festival City ini.
Menu yang disediakan di Restoran Sakura Kristal Festival City ini pelbagai jenis dari masakan panas hingga masakan barat. Pilih sahaja mengikut selera dan kemampuan anda.
Restoran Sakura Kristal Festival City sangat selesa untuk menjamu selera bersama keluarga atau teman. Ia sangat bersih dan perkhidmatan adalah memuaskan. Sop lihat, pengunjung juga tidak putus-putus singgah untuk menjamu selera di Restoran Sakura Kristal Festival City ini.
Masakan dan minuman di Restoran Sakura Kristal Festival City adalah memuaskan. Pendek kata semua adalah baik kecuali harga yang agak tinggi. Jika sekali sekala bolehlah kalau pendapatan seperti Sop. Sekali makan untuk keluarga Sop pun boleh tahan harganya. Huhuhu
Menu yang kami cuba ialah masak petai udang, daging masak bawang halia, roti ayam dan kepak ayam goreng serta 4 minuman. Kos untuk kesemua hidangan tersebut ialah RM 99.00 tidak termasuk cukai. Jika makan di kedai Cina Muslim seperti Restoran Abdullah Chan, mungkin harga sepatuh sahaja.
Jika anda hendak mencubanya, sila ke Restoran Sakura Kristal yang terletak di aras bawah Festival City, Kuala Lumpur.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon