Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah
Pernah singgah makan di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah?
Ini adalah kali pertama Sop singgah untuk mencuba di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Beberapa kali lihat restoran ini tetapi tidak kesempatan hinggalah hari ini baru berpeluang untuk mencubanya.

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah ini terletak di Seksyen 5 Wangsa Maju. Dari jalan besar telah boleh melihat papan tanda restoran yang agak besar. Hari minggu, kawasan tersebut agak lengang, jadi agak mudah untuk kami singgah dan parkir kereta. Jika hari kerja, kawasan tersebut agak dipenuhi dengan kenderaan.

Oleh kerana kali pertama singgah di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, kami tidak tahu mana menu yang sedap. Jadi kami memilih menu yang biasa-biasa sahaja untuk mencuba masakan Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. Oleh kerana kami singgah tengah hari di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, jadi menu utama menjadi pilihan ialah nasi.

Menu yang kami pilih ialah seperti berikut:

  • Nasi Ayam Mohd Chan
  • Nasi Masak Kong Boh ayam
  • Nasi masak lada hitam daging
  • Wantan mee roasted ayam
Kami hendak mencuba Dim sum tetapi tiada pula untuk hari ini. Biasanya Dim sum boleh dipesan bermula jam 2.00 petang kecuali hari Ahad. Teringat pula Dim Sum semasa makan di Hong Kong dahulu :)

Sepanjang Sop makan di Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, kelihatan pengunjung sentiasa keluar masuk. Ini bermakna Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah menjadi destinasi pelanggan untuk menjamu selera.

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah adalah bersih dan selesa. Perkhidmatan juga baik dan memuaskan.

Dari segi masakan pula, menu yang kami pilih antara yang top menjadi pilihan pengunjung. Bagi yang pertama kali makan masakan Cina, pasti sedikit rasa lain (macam Sop) tetapi masih sedap. Harga juga berpatutan. Contoh Nasi Ayam Mohd Chan berharga RM 5.50 dan menu lain yang Sop pesan ialah RM7.00 sahaja. Terdapat juga menu yang harga tinggi seperti set masakan ketam, udang dan lain-lain.

Kepada yang ingin mencuba masakan Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah, sila datang ke restoran ini yang terletak di Seksyen 5 Wangsa Maju.

Galeri gambar:
Menu Nasi dan Mee

  
Auni nak pesan apa?

Nasi masak blackpaper daging 



Auni makan nasi Ayam

Senarai pesanan

Menu dim sum

Nasi Masak Kong Boh ayam
Peta untuk ke Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah:


Lihat Peta yang Lebih Besar
Previous
Next Post »