Astro Explorer-On-The-Go Best Buzz Bloggers
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Entry sebelum ini, saya ada berkongsi tentang acara Astro Explorer-On-The-Go yang telah disertai. Acara Astro Explorer-On-The-Go antara acara yang terbaik sepanjang saya sertai anjuran Nuffnang.
Kali ini, saya ingin mengimbas kembali acara Astro Explorer-On-The-Go dengan memamparkan kenangan yang terbaik semasa acara tersebut.
Acara Astro Explorer-On-The-Go bukan sekadar pertandingan untuk merebut hadiah. Pihak Astro dan Nuffnang membina pertandingan ini dengan penuh objektif. Saya dapat menerima objektif acara Astro Explorer-On-The-Go seperti berikut:
- Menguji kebijaksanaan, kemahiran, pengetahuan dan ketahan fizikal. Kami perlu pantas menyelesaikan persoalan yang disediakan melalui aplikasi Astro Explorer-On-The-Go, mencari tempat dinyatakan melalui pembayang yang diberikan dan berjalan dari hujung ke hujung dan beberapa aras kompleks Sunway.
- Menguji kerjasama ahli kumpulan yang mana kumpulan berdua digabungkan secara rawak. Rata-rata pada hari acara Astro Explorer-On-The-Go baru mengenali pasangan masing-masing. Ahli kumpulan perlu bekerjasama untuk menjayakan acara ini
- Menggunakan semua kemudahan yang diberikan dan gajet yang ada untuk membantu menjayakan pertandingan ini. Kami dibekalkan dengan Ipad dan Toggle untuk internet tetapi gajet lain diperlukan untuk membantu seperti telefon, peta dan sebagainya
- Mengenali dengan lebih dekat Astro On-The-Go terutama seperti saya yang belum pernah menggunakan Astro On-The-Go
- Berpeluang mencuba Astro On-The-Go yang mana peluang keemasan yang merasai pengalaman aplikasi Astro On-The-Go ini
- Berkongsi maklumat Astro On-The-Go dengan rakan-rakan
- Menikmati kemeriahan pelancaran acara Astro Explorer-On-The-Go yang mana ramai artis dan persembahan disediakan sepanjang acara berlangsung di Sunway Pyramid
Dalam banyak-banyak objektif di atas, bahagian paling terbaik bagi saya ialah pengalaman menyelesaikan cabaran ini dengan rakan pasukan yang baru dikenali. Jika pasangan kumpulan telah dikenali, mungkin impak tidak terlalu tinggi. Pihak penganjur menyediakan ahli kumpulan secara rawak memberi kesan besar kepada pembinaan kumpulan. Dari awal lagi kami perlu membuat keputusan siapa perlu menjadi pemandu dan penumpang. Perbincangan strategi telah dibuat dari awal lagi :) Seterusnya peringkat pertandingan, kerjasama dan komunikasi perlu seiring agar cabaran dapat diselesai dengan dengan cepat!
Apakah bahagian yang terbaik semasa acara Astro Explorer-On-The-Go dan bagaimana kemungkinan anda menggunakan Astro On-The-Go pada masa hadapan?
Semua peringkat yang kami lalui sangat menyeronokkan tetapi bahagian terbaik ialah semasa di 'checkpoint' pertama kumpulan kami iaitu cabaran bola sepak. Pertamanya kami perlu menyatakan rancangan bola sepak negara yang terdapat pada Astro On-The-Go dan kemudian perlu menimbang bola sepak sebanyak 3 kali tanpa jatuh. Cabaran amat dirasai pada 'checkpoint' pertama kerana ia adalah permulaan pertandingan yang mana kami perlu mencari cara permainan, rentak dan dalam keadaan yang masih berdebar-debar. Keadaan tersebut menjadikan kami agak cemas! Menimbang bola biasanya tidak masalah buat saya tetapi apabila dalam keadaan cemas, semua menjadi sukar!
Rakan pasukan turut mengalami masalah untuk menimbang bola sebanyak 3 kali dan ini amat mencemaskan kami! Dengan usaha yang berterusan, kami akhirnya berjaya menyelesaikan tugasan tersebut :)
Setelah 'checkpoint' selesai, kami mula mendapat rentak dan mula faham cara permainan. Oleh sebab itu, saya memilih cabaran bola sepak di 'checkpoint' pertama kumpulan kami adalah yang terbaik.
Bagi yang banyak urusan kerja luar seperti saya, Astro On-The-Go sangat membantu untuk memastikan kita tidak terlepas rancangan kegemaran. Saya sangat suka dengan rancangan Raja Lawak dan pasti tidak mahu ketinggalan menonton rancangan tersebut.
Dengan Astro On-The-Go, tiada masalah untuk saya menonton rancangan kegemaran seperti Raja Lawak di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kita pasti tidak akan terlepas rancangan kegemaran yang dikeudarakan.
Sebelum ini, saya hanya menonton siaran Astro di rumah sahaja. Jika urusan tugasan luar, pasti rasa ralat jika terlepas rancangan kegemaran. Tidak semua tempat menyediakan rancangan Astro kegemaran kita bukan? Astro On-The-Go pastinya akan membantu saya agar tidak terlepas menonton rancangan kegemaran iaitu Raja Lawak! Astro On-The-Go boleh digunakan pada telefon pintar atau komputer riba yang mana saya sentiasa bawa ke mana-mana. Tiada alasan untuk terlepas rancangan kegemaran bukan?
Maklumat lanjut mengenai Astro On-The-Go, sila layari www.astroonthego.com
Lensa di Acara Astro Explorer-On-The-Go:
Ini adalah entry penyertaan peraduan Astro Explorer-On-The-Go Best Buzz Bloggers. Doakan agar Sop berjaya :)
Bersama team mate di cabaran pertama |
Rakan pasukan turut mengalami masalah untuk menimbang bola sebanyak 3 kali dan ini amat mencemaskan kami! Dengan usaha yang berterusan, kami akhirnya berjaya menyelesaikan tugasan tersebut :)
Setelah 'checkpoint' selesai, kami mula mendapat rentak dan mula faham cara permainan. Oleh sebab itu, saya memilih cabaran bola sepak di 'checkpoint' pertama kumpulan kami adalah yang terbaik.
Rancangan Raja Lawak kegemaran saya |
Dengan Astro On-The-Go, tiada masalah untuk saya menonton rancangan kegemaran seperti Raja Lawak di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kita pasti tidak akan terlepas rancangan kegemaran yang dikeudarakan.
Sebelum ini, saya hanya menonton siaran Astro di rumah sahaja. Jika urusan tugasan luar, pasti rasa ralat jika terlepas rancangan kegemaran. Tidak semua tempat menyediakan rancangan Astro kegemaran kita bukan? Astro On-The-Go pastinya akan membantu saya agar tidak terlepas menonton rancangan kegemaran iaitu Raja Lawak! Astro On-The-Go boleh digunakan pada telefon pintar atau komputer riba yang mana saya sentiasa bawa ke mana-mana. Tiada alasan untuk terlepas rancangan kegemaran bukan?
Maklumat lanjut mengenai Astro On-The-Go, sila layari www.astroonthego.com
Lensa di Acara Astro Explorer-On-The-Go:
Ini adalah entry penyertaan peraduan Astro Explorer-On-The-Go Best Buzz Bloggers. Doakan agar Sop berjaya :)
EmoticonEmoticon