19 May 2013

Acara Astro Explorer-On-The-Go

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bersama rakan kumpulan Tee Hang Chung
Terima kasih kepada Nuffnang yang memilih Sop untuk menyertai Acara Astro Explorer-On-The-Go yang berlangsung semalam. Agak lama tidak menyertai acara yang dianjurkan oleh Nuffnang dan rasa seperti ketinggalan betul dalam dunia blogging ini :)

Acara Astro Explorer-On-The-Go ini telah melibatkan seramai 50 orang blogger dan dibahagikan kepada 25 kumpulan (2 orang satu kumpulan). Pendaftaran telah bermula pada jam 9.00 pagi dan proses penerangan acara bermula pada jam 10.00 pagi setelah semua peserta bersedia.

Sop telah digandingkan dengan blogger Tee Hang Chung yang baru berkenalan dalam acara tersebut. Gabungan kami sangat mantap dan cuba mengharungi dengan terbaik :)

Dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan kalah. Walaupun kalah, kami berpuas hati dengan prestasi kumpulan kami. Cuma nasib tidak menyebelahi kami untuk tamatkan cabaran lebih awal.

Secara keseluruhan, Acara Astro Explorer-On-The-Go sangat menyeronokkan walaupun penat! Pencapain kumpulan Sop rasanya dalam 10 terbaik kerana semasa sampai, masih banyak kumpulan yang belum sampai.

Tahniah kepada peserta yang berjaya memenangi peraduan Acara Astro Explorer-On-The-Go ini. Hadiah yang diterima cukup lumayan :)

Dalam majlis pelancaran Acara Astro Explorer-On-The-Go, terdapat beberapa majlis lain yang berlangsung kepada pengunjung di Sunway Pyramid.

Galeri gambar:









  






EmoticonEmoticon