18 January 2013

MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah tahu tentang produk MIFI P1 MX230? Sila baca entry sebelum ini WiFi sentiasa dipoket - MIFI P1 MX230.

Kebanyakkan review menyatakan MIFI P1 MX230 ini sangat sesuai untuk "On The Go" kerana ia dibina untuk tujuan tersebut.

Kali ini Sop ingin berkongsi juga yang MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah.

Kenapa MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah?
MIFI P1 MX230 ini adalah bersaiz kecil dan portable yang mana boleh diletak dimana-mana sahaja tanpa ruang yang khusus. Berbeza jika menggunakan "Router" yang memerlukan sambungan elektrik dan juga wayar internet. Ruang khas perlu dibuat untuk meletakkan "Router" tersebut.

Dengan MIFI P1 MX230, Sop bebas meletakkannya dimana-mana sahaja. Malah ia tidak memakan ruang dan menggangu ruang di dalam rumah. Apabila balik ke rumah, letak sahaja dimana-mana untuk mengakses internet. Paling baik jika boleh letak di ruang yang membolehkan akses internet liputan yang terbaik. Jangan letak di rumah jiran sudah, hilang pula MIFI P1 MX230 itu nanti. Suruh jiran subscribe sendiri (Hehehehe)

Kepada mereka yang kuat menggunakan internet di luar dan di rumah, MIFI P1 MX230 sangat sesuai kerana ia boleh digunakan dimana-mana sahaja. Di luar rumah, dalam kereta, dalam kereta api, di taman, di dalam rumah, di pejabat dan sebagainya dengan satu modem sahaja. Kenapa perlu bayar lebih?

Ikuti entry seterusnya mengenai MIFI P1 MX230 yang menggantikan WIFI kedai mamak (hehehe)

Galeri gambar:

MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah

MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah

MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah

MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah

MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah

MIFI P1 MX230 juga selesa di rumah


EmoticonEmoticon