08 January 2013

Baby Auni bantu Papa pasang laci IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Masih sambungan tentang menghias bilik Azfar dan Azwar yang mana belum abis berkongsi mengenainya. Malah, bilik belum siap dihias sepenuhnya kerana katil bujang yang dipesan belum sampai lagi. Untuk hari Ahad lepas, Sop hanya sempat memasang laci pakaian yang dibantu oleh Azwar dan Baby Auni. Paling banyak membantu ialah Baby Auni. Bantu menyibuk! Hehehe

Mungkin ini pengalaman pertama Baby Auni melihat Papa membuat kerja pertukangan kot? Teruja betul Baby Auni bila melihat barang-barang yang banyak. Paling best, apa yang Sop buat itu juga dia hendak buat. Semua barang yang ada diusiknya. Sampai ada masa tidak terkawal dengan Baby Auni hingga terpaksa memerlukan bantuan Azwar untuk pegang.

Jika keadaan tidak bahaya, Sop biarkan sahaja Baby Auni membuat Quality Control! Baby Auni pegang sana, lihat sini, cuba sama, test sini. Lebih teruja dari abang-abangnya!

Jika Azfar dan Azwar, sudah semestinya sentiasa suka membantu membuat kerja pemasangan ini. Sop biasanya akan bagi mereka buat benda-benda yang mudah seperti mengikat skru dan membuat pemasangan.

Jom lihat telatah Baby Auni semasa membantu memasang laci IKEA tersebut:

Lawatan tapak

Lantai agak kukuh sudah

Apa atas sana tu tak rata?

Ini skru ke roti? Boleh makan tak?

34, 35, 36... semua ada 65 skru!!! 

Tukul ni kenapa berat? tak larat nak angkat.. hehehe

Pastikan skru diketatkan kuat-kuat yer tuan-tuan dan puan-puan..

Kena lalu dulu untuk pastikan betul-betul kuat!

Itu lah cerita lebih kurang mengenai Baby Auni bantu Papa pasang laci IKEA.
Semua dialog di atas adalah rekaan semata-mata :)

3 comments:

  1. mana lacinya..excited nk tgk hasilnya

    ReplyDelete
  2. mana lacinya..excited nk tgk hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laci dah dipaparkan dlm entry baru. Nama laci tu ialah MALM

      Delete


EmoticonEmoticon