Beli barang kelengkapan bilik anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Dalam entry sebelum ini, Sop ada bercerita tentang ke IKEA Malaysia untuk cuci mata. Cuci mata + cuci poket :)


Kami ke IKEA Malaysia untuk membeli sedikit barang kelengkapan bilik Azfar dan Azwar iaitu untuk membuat dekorasi tempat belajar mereka.


Sebelum ini, hanya 1 meja IKEA yang digunakan dengan 2 kerusi. Meja tersebut kurang sesuai untuk digunakan secara bersama kerana agak kecil. Jadi kami perlu membeli lagi satu meja tambahan.


Selain meja, kami juga membeli beberapa kelengkapan lain seperti papan lembut untuk melengkapkan jadual dan maklumat lain.


Untuk mula mengasingkan baju Azfar dan Azwar, laci telah dibeli untuk tujuan tersebut. Penggunaan laci lebih menjimatkan ruang dan kos. Ada almari baju yang berkenan untuk dibeli di IKEA Malaysia tetapi tiada stok pula.


Dalam sikit-sikit untuk berbeli, akhirnya penuh juga 1 troli barang yang diambil. Hehehe


Aktiviti membuat dekorasi bilik Azfar dan Azwar dalam entry seterusnya.


Terima kasih kerana membaca entry ini.


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
baby comel
AUTHOR
07 January, 2013 01:34 delete

Cuci poket tu yg xtaham abg sop :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
07 January, 2013 10:25 delete

Hahaha
Mmg cuci bersih.. hehehe

Reply
avatar