13 October 2012

Pengalaman guna Tablet Android murah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dalam entry sebelum ini, banyak pula mendapat perhatian dalam hasil carian. Ini bermakna ramai yang berminat dengan tablet android murah ini.

Tablet Android murah ini merujuk kepada tablet China yang banyak dipasaran sekarang ini.

Sebelum membeli tablet android, Sop telah cuba mencari maklumat terlebih dahulu. Ini kerana risau juga jika terbeli tablet android yang prestasi teruk dan tidak boleh digunakan. Sop ada mencuba tablet android yang dibeli oleh rakan di pasar biasa. Spesifikasi cukup rendah dari segi paparan, prosesor dan sentuhan. Android yang digunakan adalah versi 2.2 Froyo yang mana telah outdate.

Sekarang ini tablet android China banyak yang telah berkembang dan tahap spesifikasi lebih tinggi. Ada tablet android sekarang ini yang mempunyai prosesor duo core, RAM 1GB, skrin bersaiz lebih besar dan sebagainya. Harga sedikit mahal tetapi jauh lebih murah berbanding jenama popular.

Tablet Android yang Sop guna ialah spesifikasi sederhana sahaja yang mana prosesor 1ghz, RAM 512MB dan saiz 7". Setakat penggunaan sehingga sekarang, prestasi adalah memuaskan (sesuai dengan harga). Sentuhan skrin 5 point memberi fungsi sepenuhnya kelancaran sentuhan. Tiada masalah untuk zoom, tarik, sentuh dan sebagainya. G sensor juga berfungsi dengan baik untuk auto rotate dan permainan game.

Sedikit kekurangan yang Sop kenal pasti jika dibandingkan dengan tablet android mahal seperti Samsung ialah paparan grafik sedikit kurang (tidak clear macam Super Almored) tetapi tidak ada masalah langsung pun, tiada Bluetooth, camera depan sahaja 1.3mp sahaja. Semasa melayari internet terasa sedikit perlahan walaupun menggunakan WiFi.

Charger yang dibekalkan berbentuk pin 2 yang mana kita perlu menggunakan plug tambahan. Cable USB disediakan dan boleh guna broadband untuk sambungan internet. Bateri boleh bertahan sehingga 1 - 2 jam untuk permainan game yang berterusan. Jika bermain game yang bersaiz besar, lebih cepat bateri habis. Sama seperti prestasi bateri Galaxy Tab juga.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan Tablet Android China ini, sila teruskan dengan niat anda. Bagus untuk diberikan kepada anak-anak untuk bermain dan belajar berbanding PSP. Banyak game dan aplikasi yang boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play.

Terima kasih kerana membaca entry ini.






EmoticonEmoticon