08 October 2012

Tablet Android untuk anak-anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Teknologi tablet berkembang dengan pesat sekarang. Penggunaannya sangat meluas dan bukan untuk golongan profesional sahaja. Malah ibubapa sediakan khas tablet untuk anak-anak menggantikan komputer atau laptop.

Dengan banjiran tablet sekarang ini, harga juga menjadi murah dan mampu milik terutama tablet dari China. Untuk penggunaan anak-anak kecil, tablet China sudah memadai. Teknologi tablet China pun sudah canggih dan menggunakan sistem operasi android membolehkan banyak aplikasi dipasang dengan percuma.

Sop telah berjanji dengan anak-anak untuk membelikan tablet kepada mereka. Semasa Sop pakai iPad dan Galaxy Tab, mereka sangat suka bermain. Bukan sahaja untuk game tetapi belajar juga. Banyak aplikasi pembelajaran yang boleh dimuat turun dari internet.

Ada sedikit hasil pendapatan blogging, Sop terus membelinya semalam selepas jumpa tawaran harga yang terbaik. Bukan main gembira lagi mereka kerana tablet tersebut khas untuk mereka.

Buat masa ini, Sop beli satu sahaja kerana Sop suka mereka belajar berkongsi. Dari situ boleh mendidik secara tidak langsung (walaupun selalu bergaduh berebut, hehehe)




EmoticonEmoticon