01 August 2012

Akan kembali - Segmen blog review

Akan Datang!

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Segmen Blog Review akan dibuka. Adakah anda berminat?

Macam tidak selesa pula entry 'direct to point' di atas [Heheheh]
Setiap penulisan, intro atau kata-kata aluan sangat penting bukan?

Sop sedang bercadang untuk mengadakan Blog Review: 1 Hari 1 Blog. Segmen lama yang Sop pernah buat dahulu kala [bukan zaman Hang Tuah la..:)] Dulu sambutan sangat menggalakkan kerana masing-masing ingin mendapat pandangan dan pendapat bukan sahaja dari Sop tetapi geng terjah [ahli yang akan lawat dan bagi pendapat tentang blog yang direview].

Tetapi sekarang, adakah blog review masing mendapat sambutan?
Untuk itu, entry tinjauan ini dibuat dahulu untuk melihat sambutan blogger. Adakah blogger masih berminat dengan blog review atau blog review tidak perlu lagi sekarang ini?

Apa kelebihan blog review?
Dapatkan jawapanya dalam entry "Pentingnya blog review kepada SEO"

Sila nyatakan pendapat anda, adakah anda berminat sertai Blog Review [jika dibuka] oleh SOP.NAME.MY diruangan komen atau pun hanya dengan tekan butang LIKE [kalau like tu mesti suka, bukan? Heheheh]

Ingin melihat contoh blog review sebelum ini, sila lawat sini [Blog Review].

Update: Nantikan entry cara untuk menyertai blog review nanti :)


EmoticonEmoticon