Pentingnya blog review kepada SEO

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu :)

Blog review iaitu membuat entry tentang sesebuah blog dengan membuat ulasan mengenai blog tersebut [macam la orang tak tahu blog review itu apa! ayat intro... biasa la... heheheh]

Mudah atau sukar membuat review blog?
Sebenarnya susah juga hendak membuat blog review kerana kita perlu tahu, lihat, faham keseluruhan blog sebelum membuat review. Jika silap buat review, boleh bawa kemarahan pula kepada empunya blog. Jika puji terlebih-lebih, tidak betul pula review tersebut. Paling penting, review perlu dilakukan dengan betul.

Hasil carian blog Sop

Kenapa blog review penting untuk SEO?
Bagaimana tu Sop?
Apabila membuat blog review, ia memberi kelebihan kepada dua-dua blog. 
Pemilik blog
Pemilik blog dan juga penulis review. Review yang menarik akan memberi sumbangan trafik kepada pemilik blog daripada review tersebut. Pemilik blog boleh mendapat maklumat dari pembuat review dan juga rakan-rakan yang memberikan komen berdasarkan review tersebut. 


Dari situ, kita boleh membuat analisis, penambahbaikan dan sebagainya. Kita juga boleh melihat kekuatan blog daripada pandangan orang lain. Jika pandangan diri sendiri pasti kita anggap kita yang terbaik, bukan? :) 


Backlink akan diperolehi daripada blog yang membuat review dan ia baik untuk SEO.


Penulis Review
Semua kelebihan dapat pada pemilik blog, bagaimana pula dengan penulis review?
Paling utama ialah ilmu pengetahuan daripada review tersebut. Apa kekuatan yang ada pada blog yang direview boleh kita guna untuk blog sendiri [tak kesah sangat bukan?]


Hasil carian blog bro Taliff

Banyak lagi faedah kepada penulis review sebenarnya. Adakah anda tahu Google Analytic sentiasa merekod hasil-hasil carian blog anda? Boleh lihat berapa banyak hasil carian dipaparan utama, kedua dan seterusnya. Ia memberi hasil yang baik kepada SEO. Contoh jika ada yang mencari blog dan blog itu telah direview, pasti entry tersebut akan disenaraikan dalam keputusan carian. Cuma bezanya jika review anda bagus, tidak mustahil akan berada di paparan utama hasil carian. Tidak percaya?

Sekiranya blog yang direview mempunyai ramai rakan, entry review akan mendapat banyak komen, share dan like [sekurang-kurangnya pemilik blog.. Huhuhuhu] Ia bagus untuk SEO bukan?

Banyak lagi faedah yang ada dari blog review ini tetapi setakat ini sahaja yang boleh Sop kongsinya. Rakan-rakan boleh bantu tambah dengan tinggalkan di ruangan komen.

Contoh Review blog yang Sop buat, sila klik sini.

Selepas membaca entry ini, siapa hendak buat review blog Sop? Heheheh
Previous
Next Post »