Spain Juara EURO 2012
Spain Juara EURO 2012 [sumber gambar] |
Menonton perlawanan akhir Spain Juara EURO 2012 pagi tadi?
Jika tidak, memang rugi kerana permainan sangat terbaik dari Spain.
Sebenarnya Sop hendak maklum yang ini perlawanan pertama-tamanya yang ditonton :) Sebelum ini pada awal perlawanan tonton setengah masa sahaja sebelum TV tonton Sop balik. Itupun perlawanan jam 12.30 pagi sahaja pun belum sempat habis. Dalam entry sebelum ini ada dinyatakan kenapa Sop tidak menonton EURO 2012.
Sop suka sangat dengan corak perlawanan Spain pagi tadi, sungguh laju dan tepat. Itali seperti tidak mampu menandingi kehebatan Spain. Memang Sop langsung tidak mengantuk apabila melihat perlawanan tersebut walaupun tidak tidur dari malam (nasib petang dah tidur). Kalau Malaysia dapat bermain seperti itu, mesti stadium sentiasa penuh dengan penonton bukan?
Jaringan 4 gol dari Spain sangat hebat! Rasa hendak menjerit sahaja tetapi terkejut habis pula isi rumah Sop :) Jerit dalam hati jer lah.. hehehe
Jika awal malam, seronok juga menjerit gol!!!
Tahniah kepada Spain yang telah menjadi Juara EURO 2012 :)
Komen Sop: Akhirnya berjaya menonton EURO 2012 pada perlawanan akhir! Yey!
EmoticonEmoticon