Kenapa Sop tidak menonton EURO 2012


Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria walaupun mata mengantuk kerana menonton bola malam tadi :)

Musim demam EURO telah lebih 2 minggu menyerang rakyat Malaysia. Setiap malam, ramai yang sanggup menahan mata untuk menyaksikan perlawanan yang berharap menghiburkan. Kedai-kedai makan dipenuhi dengan pengunjung, bisnes sangat maju ketika ini kerana pengunjung berpusu-pusu ke kedai untuk berkumpul dan menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Walaupun hanya minum, tetapi sekurang-kurangnya kedai dipenuhi dengan pengunjung :)

Sop pada awal-awalnya juga bersemangat untuk menyaksikan perlawanan EURO ini. Lebih-lebih lagi TV3 mendapat hak penyiaran dan akan menyiarkan perlawanan EURO ini. Pada perlawanan pertama, Sop telah kalah sebelum 90 minit perlawanan lagi. Baru separuh masa pertama, Sop telah menarik diri! Mata tidak tahan, sambil tengok tiba-tiba TV yang tengok Sop pula. Apa kes? Huhuhuhu

Keduanya Sop tida menonto EURO 2012 ialah Sop tidak langgan Astro Sport. Jadi tidak boleh tengok semua perlawanan. TV3 pun hanya siar beberapa perlawanan sahaja dan kebanyakkan pada perlawanan jam 2.30 pagi! Pernah bersemangat tunggu depan TV untuk perlawanan jam 12.00 malam tiba-tiba tidak disiarkan! Adusss...

Ketiganya Sop lebih pentingkan tidur dari bola! Hehehehe Dari tahan mata tengok orang bermain, baik Sop berehat dan tidur. Badan sihat, otak pun cerdas! :) Tengok bola belum tentu boleh terhibur, kadang kala bertambah stress bila tengok perlawanan yang teruk, atau pasukan pilihan kalah!

Ini hanya pendapat kaki bola yang kurang minat bola. (kaki bola, minat kurang minat? garu kepala) Jika peminta setia, penyokong utama alasan di atas bukan menjadi masalah. Ada yang sanggup bertahan mata, tidur awal kemudian bangkit, ada juga yang telah tidak cukup tidur selamat seminggu :)

Walaupun Sop tidak menonton perlawanan EURO 2012, Sop tetap minta dengan pasukan German dan harap boleh menjadi juara EURO 2012. Hehehehe


Anda bagaimana pula? Layan menonton EURO juga?
Previous
Next Post »