22 July 2012

Komen dari Green Lava | Blogger Sentral

Komen dari Green Lava
Selamat sejahtera dan Salam Ramadhan kepada semua rakan.

Dalam entry "Pentingnya blog review kepada SEO" Sop mendapat beberapa komen dari rakan yang berkongsi pendapat. Terima kasih atas pandangan dan perkongsia rakan dalam komen tersebut. Antara yang meninggalkan komen ialah Abdool Abu Muttallif, kiz, padin, fyna, Mohamad Adib, Scarlett O'Hara, Eyriqazz, ummu auni dan GreenLava.

Anda kenal dengan Green Lava?
Jika selalu mencari widget, tutorial, tips blogging dan sebagainya pasti pernah singgah ke blog Blogger Sentral. Sop sering juga ke Blogger Sentral untuk mendapatkan tips-tips hebat dari beliau dan juga penulis jemputan.
Blogger Sentral
Masa mula-mula singgah ke blog Blogger Sentral, Sop ingat blog ini dimiliki oleh orang putih mana. Bukan sahaja dari aspek penulisan yang menggunakan Bahasa Inggeris tetapi tahap perkongsian semua perkara melambangkan ia seperti mat salleh yang punya [silap judge book by cover.. Huhuhuhu]


Blogger Sentral sebuah blog yang cukup hebat dan boleh dijadikan idola. Setiap perkongsian entrynya cukup lengkap dan penerangan sangat jelas. Antara entry popular yang terdapat diblog Blogger Sentral seperti berikut:




Prestasi blog Blogger Sentral memang superb! Rank Alexa seperti berikut:
Alexa Certified Site Stats for http://www.bloggersentral.com/

Agak-agak bila Sop boleh capai Rank Alexa cam tu?

Antara kelebihan menulis blog dalam Bahasa Inggeris ialah trafik dari pelbagai negara boleh masuk.

Apa pandangan anda tentang blog Blogger Sentral?


EmoticonEmoticon