Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Dalam entry sebelum ini, Sop ada berkongsi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka untuk mengikuti Kursus Marshall Bermotosikal anjuran Motorsport Marshall Club (MMC) bersama ahli EduRiders@KL. Pada sebelah malam, kami telah ke Kuala Alai untuk menjamu selera seafood yang cukup lazat.

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Perjalanan hari pertama Kursus Marshall dimulakan dengan pergi bersarapan di Restoran Subaidah. Restoran mamak yang agak terkenal terletak di MITC. Selepas bersarapan, baru kami semua ke Jabatan Pertahanan Awam Melaka (JPAM) yang terletak tidak jauh dari situ.

Pendaftaran bermula dengan lancar dengan mengisi beberapa borang dan seterusnya ke dewan untuk taklimat kursus. Untuk pagi dan petang, hanya sesi ceramah di dalam dewan oleh pihak Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Polis Diraja Malaysia. Semua ceramah adalah berkaitan dengan pemanduan berhemah dan marshall. Terdapat banyak input yang telah disampaikan oleh penceramah kepada peserta.

Kursus Marshall ini telah disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada club motosikal tempatan dan juga dari Singapura. Terdapat juga orang persorangan yang menyertai kursus ini. Malah, terdapat 6 buah kereta turut bersama menyertai Kursus Marshall ini.

Pada sebelah petang, kami di bawa ke kawasan parkir untuk taklimat Konvoi yang akan diadakan disebelah malam. Pihak MMC akan membawa peserta pusing di sekitar Melaka untuk menunjukkan cara-cara pengendalian konvoi.

Pada sebelah malam, sesi ceramah diteruskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia menerangkan tentang Marshall merangkumi pengendalian konvoi, tugas-tugas, isyarat dan sebagainya. Pada jam 10.00 malam baru kami semua bersedia untuk aktiviti berkonvoi melawat sekitar Melaka.

Konvoi berjalan lancar dan kursus telah tamat pada jam 12.00 malam untuk hari pertama.

Ikuti perjalanan Kursus Marshall pada hari kedua dalam bahagian seterusnya.

Galeri gambar:

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 2


Previous
Next Post »