Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sop sekarang berada di  Melaka mengikuti Kursus Marshall anjuran MMC Supersport yang diadakan di JPAM Ayer Keroh. Seperti entry sebelum ini, perjalanan Sop telah bermula pada hari Jumaat (entry di sini)

Selepas urusan pendaftaran hotel selesai, kami sempat berehat di bilik sementara untuk makan malam. Pada jam 8.00 malam, kami telah ke Muara Alai untuk makan malam. Restoran yang ditempah oleh EduRiders@KL ialah Restoran Seri Muara Alai Hj. Nasir Ikan Bakar. Perjalanan dari hotel d'Village Ayer Keroh memakan masa lebih kurang 30 minit.

Selepas memilih menu seafood oleh wakil EduRiders@KL, hidangan kami mula dimasak. Lebih kurang 30 minit juga menunggu sebelum semua hidangan siap.

Masakan di Restoran Seri Muara Alai agak memuaskan. Boleh dikatakan semua jenis lauk yang dimasak adalah sedap. Menu yang menjadi pilihan pada malam tadi ialah ikan, sotong, udang, pepahat, ketam dan pari.

Seperti biasa, lauk pauk seafood ini akan dimakan dengan nasi lemak.

Selesai menjamu selera, kami semua pulang ke hotel untuk berehat dan tidur.

Ikuti perjalanan Kursus Marshall yang Sop ikut dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Makan malam di Seri Muara Alai, Melaka

Previous
Next Post »