05 October 2013

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kursus Marshall merupakan kursus pengendalian dan pemanduan berhemah mengikut jenis kenderaan. Kursus Marshall yang Sop sertai ini merupakan kursus pengendalian dan pemanduan berhemah motosikal bersama ahli EduRiders@KL. Kursus ini telah diadakan di Melaka bermula 5 hingga 6 Oktober 2013. Seramai 20 orang ahli EduRiders@KL termasuk Sop akan mengikuti kursus ini.

Walaupun Kursus Marshall bermula pada 5 Oktober 2013 tetapi kami telah bertolak ke Melaka awal sehari  untuk mengelak dari terkejar-kejar untuk pendaftaran kursus yang diadakan diawal pagi. Perjalanan daripada Kuala Lumpur bermula pada jam 4.00 petang.

Semasa perjalanan, beberapa tempat hujan tetapi tidak lebat dan hanya setempat sahaja. Perjalanan boleh diteruskan tanpa masalah. Kami singgah minum petang di Hentian Ayer Keroh ambil menantikan 2 orang rakan ahli yang terlewat. Sambil minum boleh rehat-rehatkan badan bukan?

Kami tiba di d'Village Ayer Keroh pada jam 6.00 petang. Urusan daftar masuk berjalan lancar kerana tempahan awal telah dibuat. Kami sempat berehat-rehat dahulu sebelum akan bersama-sama makan malam.

Galeri gambar:

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1

Mengikuti Kursus Marshall di Melaka Bahagian 1


EmoticonEmoticon