Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk berpuasa untuk Ramadan kali ini sehari lagi. Semoga setelah lebih seminggu, kita tidak lagi diganggu dengan keadaan mengantuk di bulan Ramadan ini.

Selepas Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju, ini adalah Pasar Ramadan kedua yang Sop pergi. Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B terletak di kawasan rumah mertua Sop. Sebelum ini, hanya Mrs Sop yang pergi kerana Sop agak malas untuk ke pasar Ramadan. Ramai sangat pengunjung dan malas pening melihat juadah yang banyak dijual :)

Permandangan Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B
Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B ini merupakan tapak pasar Ramadan setiap tahun dan setiap Sabtu merupakan tapak pasar malam. Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B tidak asing lagi kepada penduduk di sekitar Setapak ini.

Pengunjung bukan sahaja daripada kawasan ini tetapi pengguna yang melalui jalan ini. Oleh kerana itu, setiap petang, jalan ini agak sesak dengan pengguna jalan raya dan pengunjung pasar Ramadan.

Seperti pasar Ramadan lain, Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B ini ada menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka. Pilih sahaja apa jenis makanan yang kita hendak dari lauk pauk hingga ke pelbagai jenis kuih muih. Jika hendak cari apa sahaja makanan, Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B mungkin ada menjualnya :)

Suasana Pasar Ramadan pun meriah bukan? Jom layan video pendek di bawah untuk lihat suasana Pasar Ramadan Setapak Jaya 1B:

video


Sudah berapa banyak Pasar Ramadan telah anda singgah?

Galeri gambar:

Macam-macam air ada

Rojak pasembur 

Satey hidangan popular untuk berbuka?

Gerai minuman sentiasa menjadi perhatian

Auni pun pergi pasar Ramadan :)

Ayam bakar belanga


Muka puasa ke tu? Hehehe

Juadah berbuka kami malam ini

Previous
Next Post »