17 July 2013

Rasa mengantuk dibulan puasa?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Alhamdulillah, telah seminggu kita berpuasa dan semoga kita terus diberi peluang untuk terus berpuasa di Ramadan kali ini. Amin


Rasa nak cam ni jer kat meja opis... Hehehe
Setelah seminggu berpuasa, rutin harian berpuasa mungkin telah selesa buat kita. Beberapa perubahan rutin memberi kesan kepada aktiviti harian. Kemungkinan di bulan puasa, kita lebih banyak berehat berbanding melakukan aktiviti yang aktif.

Antara kesan perubahan rutin ini ialah mengantuk dan badan mudah sejuk terutama di dalam penghawa dingin. Mengantuk antara perkara yang ramai dialami ketika berpuasa. Sop tidak pasti kenapa kesan mengantuk berlebih-lebihan berbanding hari biasa. Pada pandangan Sop, ia berpunca daripada perkara berikut:

  • Kurang tidur - perlu bangun lebih awal daripada biasa untuk bersahur
  • Kurang aktif - kurang aktiviti aktif untuk mengelak daripada penat
  • Tiada nikotin - kesan yang dilalui oleh perokok tegar
Jika hari biasa, jika mengantuk kita akan cari minuman yang menyegarkan. Bagi perokok, adalah perkara biasa mendapatkan nikotin untuk mencerahkan mata.

Biasanya kesan mengantuk boleh dirasai pada minggu pertama puasa yang mana badan sedang menyesuaikan diri dengan perubahan rutin. Sop sendiri mengalami mengantuk yang melampau pada minggu pertama ini. Mengantuk boleh dirasai pada waktu pagi dan tengah hari.

Beberapa hari lepas, Sop ke Putrajaya dengan motosikal EX5 kesayangan. Dengan kelajuan santai, rasa mengantuk menyerang dengan 'kaw kaw'. Rasa hendak tidur atas motor sahaja! Sop terpaksa berhenti sekejab untuk menghilangkan rasa mengantuk. Jika diikutkan hati, ingin sahaja tidur sekejab. Hehehe

Perkara sama juga ketika balik, masih rasa mengantuk. Ketika itu pula masa tengah hari yang mana waktu kecederaan untuk berehat! Lagi cuaca panas, lagi rasa mengantuk. Oleh kerana tahan mengantuk, ia beri kesan kepada sakit kepala.

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang walaupun ada ketika mata seperti terpejam-pejam ketika menunggang :)

Nanum begitu, rasa mengantuk semakin berkurang-kurangan setiap hari. Mungkin badan semakin boleh menyesuaikan diri dengan keadaan berpuasa.

Bagaimana anda pula? Melalui rasa mengantuk juga?


EmoticonEmoticon