14 July 2013

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pasar Ramadan merupakan tempat popular ketika bulan puasa. Setiap pasar Ramadan akan dipenuhi dengan pengunjung untuk mendapatkan juadah berbuka Ketika ini, semua jenis jualan pasti mendapat perhatian :)

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Hari ini, Sop ke Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju untuk mendapatkan sedikit juadah berbuka. Sebelum ini hanya Mrs Sop sahaja yang pergi di Pasar Ramadan Setapak Jaya. Setiap tahun, Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju ini akan dibuka dan sentiasa mendapat perhatian pengunjung.

Abe Ayam Percik
Gerai yang sentiasa kami singgah setiap tahun dan masih kekal hingga hari ini ialah gerai Abe Ayam Percik. Rasa ayam perciknya memang sedap :)

Terdapat lebih 100 buah gerai Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju ini dengan pelbagai jenis juadah yang dijual. Antara banyak yang dijual ialah lauk pauk, kuih muih dan minuman. Ketika ini juga boleh kelihatan makanan yang jarang dijumpa di hari biasa. Memang rambang mata jika melihatnya dan semua kelihatan sedap.

Walaupun banyak juadah yang menyelerakan, belilah mengikut keperluan dan elakkan pembaziran. Masa berpuasa, semua hendak makan bukan?

Pasar Ramadan mana ada telah pergi?

Galeri gambar:

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Permandangan Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Ayam percik 2 bang
 
Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Dim Sum pun ada

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Pelbagai jenis minuman dengan segala warna

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Kambing bakar turut menjadi perhatian

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Kuih muih sebagai pembuka selera

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Pulut kelapa pun ada dijual

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Menu berbuka hari ini

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Ikan bakar turut popular kan?

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
Juadah yang berbuka hari ini

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju

Pasar Ramadan Seksyen 1 Wangsa Maju
2 jenis air sahaja :)


EmoticonEmoticon