18 October 2020

Kereta baharu, recon atau terpakai? Mana pilihan terbaik?

Selamat sejahtera kepada semua pelawat blog SOP.NAME.MY.

Persoalan mana pilihan yang terbaik untuk membeli kereta?

Artikel ini adalah hanya perkongsian pengalaman peribadi untuk pembaca yang mungkin ingin mencari pendapat mengenai antara kereta baharu (new), recondition (import terpakai) atau terpakai (used car).

Kereta Baharu, Recon atau terpakai?
Sumber: Google

Sebelum ini, Sop sendiri hanya mempunyai pengalaman dengan kereta baharu sahaja. Ada beberapa model kereta yang dipakai dan hanya yakin dengan kereta baharu. Pembelian mengikut kemampuan dan fungsi tetapi beberapa jenama juga.

Jika membeli kereta baharu, terdapat pilihan sama ada jenama antarabangsa atau buatan Malaysia. Buatan Malaysia ketika ini ialah Proton dan Produa. Terdapat model-model buatan Malaysia cukup popular kerana prestasi dan permintaan pengguna. Tiada masalah untuk memakai kereta buatan Malaysia kerana harga lebih murah berbanding jenama antarabangsa. Malah, barang gantian kereta tempatan lebih murah dan jimat.

Kereta baharu jenama antarabangsa lebih mahal berbanding kereta tempatan namun lebih menjadi pilihan pengguna kerana dari segi ketahanan dan prestasi lebih baik berbanding kereta tempatan. Kadar interes pinjaman bank juga lebih rendah berbanding kereta tempatan. Ini berikutan daripada permintaan kereta terpakai jenama luar negara lebih tinggi berbanding kereta tempatan. Jika ingin jual kereta luar negara, harga lebih tinggi dan permintaan tinggi.

Jika berkemampuan, pilihan utama ialah kereta baharu jenama luar negara. Bukan Sop tidak sokong barangan buatan Malaysia tetapi untuk mendapatkan pilihan terbaik dan nilai ringgit yang terbaik serta kurang masalah. Namun begitu, tidak semua jenama luar negara mempunyai prestasi yang baik. Ada juga kereta yang jatuh teruk harga selepas terpakai atau maintenance agak tinggi. Pastikan anda membuat pilihan yang terbaik! 

Kereta import terpakai popular di Malaysia
Sumber: Google

Apa pula kereta recon (import terpakai)?

Kereta recon atau import terpakai merupakan kereta separa mewah atau mewah yang diimport dari luar negara biasanya dari Jepun dan Eropah. Harga untuk import baharu sangat mahal dan import terpakai menjadi pilihan. Walaupun terpakai, kebanyakkan kereta recon ini dalam keadaan terbaik. Biasanya hanya dipakai beberapa tahun sahaja di negera asal sebelum dilelong kepada negera lain. Jenis recon yang popular adalah seperti Toyota Wish, Estima, Vellfire/Alphard, Honda Odesy, Stream, Volkswagen, Audi dan sebagainya.

Walaupun import terpakai atau recon ini seperti kereta baharu, perlu diingat ia juga adalah kereta terpakai di luar negara. Ia bergantung kepada penggunaan pemilik asal di negara asal namun pembeli boleh mendapatkan report daripada penjual atau daripada website. Cara terbaik ialah membeli report dari website kerana ada juga penjual yang tidak jujur membuat perubahan pada report yang diberikan kepada pembeli. Report ini akan memamparkan keadaan sebenar kenderaan semasa jual, meter perjalanan dan gred kereta. Biasanya harga bergantung kepada gred dan tahun kereta berkenaan.

Terdapat kereta yang telah dimodifisi oleh pemilik asal dan barang telah diubah. Pengguna boleh mencari mengikut pilihan dan kemampuan. Biasanya penjual akan baik pulih kembali kerosakan kereta berkenaan dan menjadikan seperti baharu kembali. Penjual juga akan beri jaminan kereta berkenaan dan pembeli boleh mengambil jaminan tambahan kereta berkenaan dengan sedikit bayaran. Jaminan ini penting kerana jika ada sebarang masalah, penjual akan tanggung keseluruhan kos akibat kerosakan yang akan berlaku.

Sebelum ini, Sop pakai kereta recon ini sangat tiada masalah dan prestasi sangat baik. Namun ia bergantung kepada nasib pembeli juga. Ada juga yang mendapat kenderaan yang kurang baik tetapi ditanggung oleh penjual jika dalam tempoh jaminan.

Kereta Baharu, Recon atau terpakai?
Sumber: Google

Bagaimana pula dengan kereta terpakai?

Pembelian kereta terpakai ini sangat tidak digalakkan kerana risiko lebih tinggi dari segi kerosakkan atau ketahanan. Namun kenapa masih ada yang membeli kereta terpakai? Ia adalah kerana berkaitan dengan kemampuan dan harga yang lebih rendah. Sop baru pertama kali mencuba kereta terpakai dan secara jujur rasa tidak puas hati. 

Kenapa Sop membeli kereta terpakai?

Jawapanya kerana tidak mampu beli kereta baharu atau import terpakai. Malah ini merupakan pengalaman pertama menggunakannya. Agak sukar untuk mendapat kereta yang baik jika kereta terpakai. Malah jika dari kedai terpakai lagi sukar untuk mendapat yang terbaik. Jika boleh, jika perlukan kereta terpakai cari dari sedara mara atau rakan yang kita tahu prestasi kenderaan berkenaan.

Setakat ini, banyak juga kos yang perlu ditanggung selepas pakai kereta terpakai ini. Banyak yang perlu diperbaiki untuk keselesaan dan mesti ada yang berkeadaan kurang baik. Jika kereta baharu atau recon, hanya tidak bernasib baik mendapat kereta yang teruk tetapi bagi kereta terpakai, yang bernasib baik sahaja mendapat kereta yang bagus.

Kereta terpakai juga tinggi dari segi kadar interest pinjaman dan tempoh pinjaman juga adalah pendek serta hanya untuk tahun tertentu. Jika terlalu lama, pinjaman tidak dapat dibuat bagi kereta terpakai. Kadangkala ansuran bulanan lebih tinggi berbanding kereta baharu kerana interest tinggi dan tempoh pinjaman singkat.

Oleh itu, jika rasa keperluan untuk mendapatkan kereta lebih besar tetapi kemampuan kurang, cari pilihan kedua. Elakkan untuk kereta terpakai dan utamakan kereta baharu walaupun lebih rendah spesifikasi daripada yang kita perlukan. Tepuk dada tanya selera :)

4 comments:

  1. sbnrnya teringn nak pakai toyota wish....tapiiii fmly xbg sbb recon care. hurmmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wish kereta yg sgt berbaloi la, puas hati kalau pakai dan sgt sedap. kalau full sit ruang bonet la kecik dan aircond xda utk belakang.
      dari segi mentainance, minyak masih murah :)

      Delete
  2. kalau mama f=prefer yg baru sebab tak pandai nak pilih dan tak tau sgt pasal kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru la plg bagus mama :) first hand huhuhu

      Delete


EmoticonEmoticon