23 October 2020

Berbasikal riadah norma baharu - Covid19

Selamat sejahtera kepada semua.

Pandemik Covid19 memberi kesan yang besar terhadap dunia dari segi ekonomi, budaya, sosial dan sebagainya. Sedar atau tidak, ia telah mengubah banyak kehidupan manusia secara langsung atau tidak langsung. Banyak norma baharu yang diperkenalkan selaras dengan SOP pencegahan kawalan penyakit berjangkit ini. Malaysia antara negara yang dilihat berjaya mengawal virus Covid19 merebak berbanding dengan negara lain yang teruk terjejas.

Walaupun banyak norma baharu yang diperkenal, dalam artikel ini akan disentuh dahulu mengenai riadah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Setiap orang mempunyai riadah berbeza berdasarkan minat masing-masing. Malah ada yang tidak gemar beriadah tetapi terpaksa beriadah kerana pandemik Covid19 ini untuk mengurangkan stress dan menjaga kesihatan.

Terdapat beberapa sukan yang kini menjadi perhatian sejak PKP ini seperti berlari, berbasikal, mendaki dan sebagainya. Sekarang ini, kelihatan ramai yang berlari di taman-taman, kawasan bukit atau danau dipenuhi pengunjung dan di jalan raya terdapat sahaja mereka berbasikal untuk beriadah.

Aktiviti berbasikal menjadi trending ketika ini kerana sukan riadah yang selesa untuk semua golongan (kecuali yang tidak pandai berbasikal). Selain menjadi aktiviti riadah bagi kesihatan, aktiviti berbasikal juga membentuk kumpulan untuk aktiviti sosial. Oleh sebab itu, wujud aktiviti berbasikal secara berkumpulan dan aktiviti secara berkumpulan ini lebih meriah dan menyeronokkan.

Basikal terdiri daripada beberapa jenis iaitu road bike (RB), mountain bike (MTB), folding bike (FB), BMX, fixie dan sebagaiinya. Terpulang kepada peminat basikal memilih basikal jenis mana dan kegunaan apa.

Berbasikal riadah norma baharu - Covid19
Gambar: Google


Road bike (RB) digunakan untuk perjalanan jauh dan dikatakan lebih advance. Tidak semua sesuai kerana RB kurang sesuai untuk bersaintai-santai. Malah harga RB juga jauh lebih tinggi kerana spesifikasi yang tinggi. Jika anda yang ingin mencari stamina atau untuk membakar lemak, RB sangat sesuai untuk anda.

Berbasikal riadah norma baharu - Covid19
Gambar: Goog;e

Mountain bike (MTB) basikal yang digunakan untuk offroad atau downhill mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ciri basikal MTB sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar. Namun begitu, MTB tiada masalah untuk digunakan untuk riadah dan kayuhan di jalan biasa. Tetapi untuk kayuhan yang jauh dan bersaing dengan rakan basikal RB memang agak memenatkan. Kecuali anda mempunyai stamina yang tinggi untuk perjalanan jarak yang jauh :)

Berbasikal riadah norma baharu - Covid19
Gambar: Google

Folding bike (FB) atau basikal lipat merupakan basikal bandar yang menjadi trend terbaharu sekarang. Sop minat dengan basikal lipat ini kerana sangat praktikal untuk riadah dan mudah dibawa ke mana-mana. Pada awalnya kelihatan agak lucu design basikal lipat (FB) ini kerana tayar yang kecil dan pemegang dan tempat duduk yang tinggi. Teringat basikal yang P Ramlee guna dalam filem Ali Baba Bujang Lampok sebagai ketua penyamun.

FB boleh dikatakan basikal yang sangat sesuai untuk riadah ringan. Malah ada yang mencuba keupayaan dengan cuba bersaing dengan basikal RB atau MTB namun perlu dibuat sedikit modifikasi atau mendapatkan FB spesifikasi yang tinggi. Kebiasaan gear untuk FB hanya rendah sahaja iaitu 7 - 18 gear sahaja berbanding RB dan MTB rata-rata 21 gear. Rim yang kecil juga menghadkan kelajuan basikal ketika kayuhan.

Setakat ini, FB sesuai untuk kayuhan bawah 30km dan kawasan rata. Namun jika ada yang ingin mencuba keupayaan diri bolehlah cuba kayuh kawasan berbukit atau jarak yang jauh. Semua bergantung kepada stamina kerana keupayaan basikal yang terhad.

Jika diberi pilihan, apa basikal yang anda minat?

7 comments:

  1. Basikal pun dah mahal mengalahkan motor

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg carbon dan high spec mmg mahal
      untuk beginer boleh cari basikal murah2 je :)

      Delete
  2. bagus ni promote aktiviti yg sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat jg tp belum mampu beli basikal, mahal sgt skrg. huhuhu

      Delete
    2. exercise guna mesin basikal pun ok gak kan

      Delete
  3. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete
  4. Suami baru beli untuk saya..suruh saya kayuh dalam rumah..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon