04 September 2019

Good luck Azwar untuk UPSR

Selamat sejahtera kepada semua.


Hari ini bermula Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid tahun 6. Walaupun bukan peperiksaan yang besar bagi murid sekolah namun ia penting untuk menentukan hala tuju murid untuk peringkat sekolah menengah nanti. Jika ingin melayakkan ke sekolah berasrama atau sekolah kawalan, murid perlu mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

Ini merupakan tahun kedua anak Sop melalui UPSR. Tahun lepas Azfar dan tahun ini giliran Azwar pula. Banyak pengorbanan perlu dilalui oleh Azwar dan kami semua dari segi masa, tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kecemerlangan UPSR. Semoga usaha dan doa semua akan memberikan kemudahan kepada Azwar menjawab peperiksaan dengan baik dan cemerlang.

Azwar juga ingin mengikut jejak abangnya untuk masuk Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Untuk masuk ke situ perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Semoga usaha yang telah dilakukan oleh Azwar selama ini akan memberi hasil yang cemerlang. Amin

Sebagai IbuBapa, kami sentiasa mendoakan Azwar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Walaupun begitu, kami sentiasa berdebar-debar melebihi anak yang mengambil peperiksaan. Huhuhu

4 comments:

  1. semoga azwar mndpt keputusan cemerlang insya allah

    ReplyDelete
  2. Excellent information you have shared, thanks for taking the time to share with us such a great article. Pictame is an online instagram tool where you can analyze your accounts instantly with its own developed algorithm. With this tool you can instantly see your own profile strength and interaction rates. This tool is completely free.

    ReplyDelete
  3. Good luck untuk UPSR... semoga berjaya!

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon