02 July 2019

Durian kini makanan eksklusif

Selamat sejahtera kepada semua.

Durian kini makanan eksklusif

Durian yang dikenali raja buah merupakan buah-buahan yang diminati ramai. Setiap kali musim durian, pasti berpusu-pusu peminat durian mendapatkannya. Penjual durian pula akan kelihatan merata-rata ada dijual.

Beberapa tahun kebelakangan ini, penjualan buah durian telah berubah daripada jualan secara longgok atau biji kepada menggunakan timbang. Harga dikira berdasarkan berat buah durian dalam kilogram. Perubahan ini menjadikan harga durian melonjak naik dengan mendadak. Pada asalnya hanya durian gred tinggi yang menggunakan pengiraan timbang iaitu Musang King, Raja Kunyit, D24, IOI dan sebagainya. Kini semua jenis buah durian telah menggunakan harga berdasarkan timbang kilogram. Hanya pada puncak musim durian sahaja terdapat kedai yang menjual durian menggunakan harga sebiji seperti 3 biji RM50, 2 biji RM35 dan sebagainya mengikut saiz. Ini hanya untuk durian kampung biasa. Sekiranya durian kampung special, peniaga akan menggunakan harga timbang juga.

Dari segi pandangan pengguna, penjualan secara timbang bagi durian sangat tidak masuk akal kerana kulit durian yang tebal merugikan pengguna. Berat kulit durian jauh melebihi isi durian dan kulit tidak boleh dimakan! Terdapat kempen-kempen beberapa tahun ini untuk memboikot durian timbang di media sosial tetapi tidak berjaya. Durian terus dijual dengan harga timbang dan malah harga semakin melonjat tinggi.

Bagi pekebun dan peniaga durian, ini merupakan rezeki buat mereka. Harga semakin tinggi, semakin banyak sumber pendapatan mereka.

Dengan peningkatan harga yang mendadak ini, buah durian kini telah menjadi makan eksklusif setaraf dengan buah-buah import. Bagi yang berpendapatan rendah atau sederhana, perlu fikir banyak kali untuk membeli buah durian. Kadang-kala baik makan benda lain yang lebih berbaloi dengan harga.

Bagi Sop sendiri, trend makan durian telah berubah sepenuhnya. Dulu, jika musim durian pasti makan sampai puas. Masih ingat semasa Mrs Sop mengandungkan Auni, tiap-tiap hari Sop beli durian. Ketika itu harga RM10 3 biji bagi durian kampung dan D24 dalam RM25 sebiji. Selalunya Sop beli durian kampung sahaja. Namun kini, hendak makan durian sangat berkira-kira walaupun masih mampu untuk makan. Kalau teringin sangat baru akan singgah dan makan di kedai durian. Pastikan bawa duit secukupnya kerana jika lupa diri ketika makan boleh mencecah harga ratusan ringgit :)

Walaupun harga durian sekarang tinggi namun masih ramai yang menikmati durian. Gerai-gerai durian kelihatan penuh dengan pengunjung. Ini kerana durian mempunyai tarikan yang tersendiri dan peminat durian sangguh membayar lebih untuk menikmatinya. Oleh sebab itu, durian gred tinggi yang berharga ratusan ringgit sebiji masih ada yang membelinya. Bagi yang berkemampuan, memang tiada halangan untuk menikmati raja buah ini.

Oleh kerana harga durian yang tinggi, jika terdapat gerai yang menjual harga sedikit rendah pasti akan menjadi viral. Maka berpusu-pusu orang berminat untuk mendapatkanya. Dengan harga sedikit murah baru masing-masing rasa berbaloi untuk menikmatinya. Malah ada yang sanggup memandu jauh semata-mata untuk mendapatkan harga durian yang murah!

Ketika ini, bagi yang mempunyai kebuh durian sangatlah bertuah. Tidak perlu susah-susah untuk fikir tentang harga durian. Malah jika hasil durian banyak, boleh menjadi sumber pendapatan yang tinggi pada musim durian. Begitu juga dengan mereka yang tidak gemar buah durian :)

Anda pula bagaimana? Terkesan dengan harga durian sekarang ini?

11 comments:

  1. artikel mn ntah sy bc, org China sggp bli durian yg harganya sm mcm iphone

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, lagi dasyat harga durian sama harga iPhone. huhuhu

      Delete
  2. Hoho favorite mama Ni.. mama Kan hantu doyan

    ReplyDelete
  3. Mama singgah sini.. aritu mkn musang King mmg puas hati.sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah sekali je rasa musang king
      mahal sgt nak makan selalu.. hahaha

      Delete
  4. ada juga durian yang sudah dibuka dan dijual dalam kontena..ada 3 ulas berharga RM15

    biasa saya makan durian keluarga saja di kampung ..

    free sahaja dengan bayaran ucapan terima kasih hehehe

    ReplyDelete
  5. Betul..orang tak berduit dah tak boleh makan durian sekarang ni. Harga durian sekarang sudah mahal.

    ReplyDelete
  6. Adoi. Terliur tengok. Tahun ni tak makan lagi durian. Huhuhu.

    ReplyDelete
  7. I’ll bookmark your website and take the feeds also¡KI’m happy to search out numerous useful info right here within the submit, we’d like develop extra strategies in this regard. Explore all kinds of users, hashtags and locations in ease with our Instagram Web Viewer Pictame2.

    ReplyDelete
  8. Memang harga sekarang makin mahal...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon